Wednesday 31 January 2018

Inspirasi berkebun dihalaman rumah

Text: Sharifah Maryam Sayed Mohammad
Photo: Sharifah Maryam Sayed Mohammad

Sebenarnya bertanam tidak susah. Anda hanya perlu kerajinan sahaja untuk bertanam. Tidak semestinya perlu ada tanah, baru boleh bertanam. Orang yang tinggal di rumah pangsapuri juga boleh bertanam dalam pasu walaupun tidak ada tanah didepan atau belakang rumah. Ada yang kata memang keturunan dia pandai bertanam atau tangan dia tidak panas, semua tanaman dia menjadi. 

Bertanam asalkan ada sedikit minat, rajin dan ingin mencuba pasti menjadi. Baru pokok yang ditanam hidup dengan subur kerana ada cinta dan kasih sayang disitu. Selalu disiram, dibaja dan dipelihara dengan baik. Pokok juga benda hidup bukan? Perlukan air, nutrien dan cahaya matahari yang cukup untuk tumbesaran. 

Ok, disini Cik Yam nak kongsikan bagaimana boleh terjebak dengan dunia tanaman ni. Sejak kecil lagi, Cik Yam selalu ikut arwah nenek berkebun dibelakang rumah. Tanam pisang, tanam ubi kayu dan herba-herba dapur. Masa tu, arwah nenek tinggal dikawasan taman perumahan. Tanah pun hanya dikeliling rumah sahaja. Ketika itu, cukup lah untuk menampung keperluan dapur.

Teringat bila musim tengkujuh. Hujan sangat kuat dan susah untuk pergi ke kedai. Masa tu, arwah nenek tinggal dengan mak long dan tiada kenderaan. Mak long @ Cik Mah kami panggil adalah seorang guru di sekolah menengah. Biasanya Che Mah akan pergi kerja naik beca atau tumpang jiran sebelah rumah. Jadi kehidupan kami hanya bergantung kepada barang dapur yang sudah dibeli oleh che mah dan juga hasil tanaman diluar rumah.

Dahulu nak makan pucuk ubi, petik-petik saja di tepi rumah. Nak masak kuah singgang, tak ada kunyit dan lengkuas gali saja dibelakang rumah. Tidak ada sayur, petik sahaja daun pegaga atau ulam raja. Ada rezeki dapat jantung pisang sedap juga celur cicah sambal belacan. Begitulah suasana yang sudah tinggal dalam memori Cik Yam.

Bila dewasa dan bekerja, Cik Yam tidak lagi mengalami suasana petik-petik sayur dibelakang rumah.  Maklumlah sudah hidup bersendirian di bandar besar. Sayur dan ulam terpaksa beli di pasar. Peningkatan kos hidup makin bertambah saban hari. Perasaan ingin bertanam membuak-buak bila tengok harga sayur makin naik. Dalam hati masa tu, baik aku tanam boleh hari-hari makan dan jimat kos.

Sehinggalah tahun 2011, Cik Yam melangkah alam perkahwinan. Suami adalah satu-satunya anak lelaki dan yang sulung dalam keluarga. Oleh kerana ibu mertua seorang ibu tunggal dan berseorangan dirumah, jadi kami tinggal sekali. Rumah ibu mertua adalah jenis rumah teres dan mempunyai ruang tanah yang terhad. Oleh kerana, ruang tanah tersebut kosong, Cik yam berharat untuk mula bertanam herba dapur. Alhamdulillah ibu mertua juga turut minat. 


sebahagian dari herba dapur

Hari-hari sebelum pergi kerja atau selepas balik kerja pasti singgah untuk siram atau belek-belek pokok. Teringat mula-mula tanam dulu, sanggup pergi nurseri pokok di Sungai buluh untuk beli pokok-pokok herba. Selagi tidak cukup koleksi, mesti akan tambah anak pokok baru. Selain beli anak pokok, Cik Yam juga biakkan melalui biji benih.

Bila mula bertanam, keterujaan dan perasaannya sangat luar biasa. Pokok-pokok yang hidup subur dengan gembira ditambah mengeluarkan hasil yang cukup untuk makan sendiri dan boleh dikongsi dengan jiran tetangga adalah satu rezeki kurniaan allah swt yang sangat disyukuri. Ibu mertua juga seronok bila ada kawan nak bertanam. Dahulunya beliau juga suka bertanam. Oleh kerana sibuk urusan dipejabat, beliau tidak sempat untuk luang masa di halaman.

Itu lah kisah serba sedikit tentang Cik Yam mula bertanam. Bila ada waktu dan ruang yang mengizinkan harus cuba bertanam. Banyak manfaatnya. Bukan untuk dirumah sahaja, malah jiran tetangga, rakan sepejabat mahupun orang yang datang melawat di rumah kita. Memang janji Allah diatas setiap yang kita usahakan dan kongsikan pasti ada ganjarannya.Tiada yang mustahil dalam dunia ni kan, yang penting rajin usaha in shaa allah ada kejayaannya.

Pengalaman berkebun dihalaman depan rumah

Text: Sharifah Maryam Sayed Mohammad
Photo: Sharifah Maryam Sayed Mohammad


Laman herba siram secara manual
Kata orang, berbudi pada tanah pasti ada hasilnya. Memang seronok bila melihat daun yang menghijau subur dan boleh dipetik-petik bila-bila masa diperlukan. Juga boleh dikongsi dengan jiran tetangga. Cik Yam jenis suka tanaman herba dapur, ulam-ulaman dan sayuran. Jadi banyak koleksi tanaman depan rumah adalah untuk kegunaan harian atau simpanan dikala perlu.

Teringat masa masih kerja dahulu, Cik Yam mengalami masalah lupa atau tidak sempat hendak siram pokok. Pagi-pagi selepas subuh sudah bersiap untuk hantar anak ke taska dan masuk kerja awal. Jadi, pokok-pokok tanaman Cik Yam masa itu, agak terabai dan kadang-kadang mati kekeringan. 

Pernah suami tegur kalau hendak bertanam buat cara nak bertanam, nak bertanam kena jaga, siram dan bajakan bukannya tanam-tanam tinggal. Adus, terguris hati rasa tersindir. Memang diakui Cik Yam terlalu obses bertanam tapi tidak begitu meluang masa setiap hari untuk siram. Hanya bergantung kepada hujung minggu yang kadang ada dan kadang diganggu juga oleh kerja pejabat atau aktiviti lain.

Jadi, Cik Yam mencari-cari solusi untuk mengatasi masalah ini dan dapat berkebun dengan gembira. Hasil carian google dan perkongsian kelab menanam di facebook, Cik Yam jumpa pelbagai teknik siraman pokok secara automatik. Ada yang share DIY sendiri botol mineral, Ada yang beli sistem siraman automatik dan bermeter, ada yang guna teknik hidropod dan sebagainya.

Selain dari bartanam di pasu atau atas tanah dan siram secara manual, Cik Yam juga menggunakan teknik seperti dibawah:

1. Teknik hidropot - berkonsep fertigasi hidroponik. Air dan baja didalam bekas bawah dan perlu tambah air baja seminggu - 2 minggu sekali bergantung kepada jenuis pokok. Mudah dan pokok sangat sihat. Cik Yam kurang gemar kerana guna baja kimia XY. Beli dengan sahabat Facebook di group hidroponik malaysia.

teknik pertigasi kaedah hidropot

2. Teknik Akuaponik - ekosistem lengkap dimana sisa kolam ikan ditapis ke dalam kotak tanaman dan pokok mendapat manfaat serta kekalkan pH kolam ikan dan lebih Organik. Tempah dengan seorang sahabat kebun Akuaponik di Facebook


Tanaman Herba dalam kotak tanaman akuaponik

Sistem akuaponik



Antara dua teknik tanam ini, Cik Yam paling suka teknik akuaponik. Tanam-tanam tinggal. Cuma kena bagi ikan makan setiap hari. Kalau kami bercuti terpaksa meminta tolong jiran sebelah untuk beri makanan kepada ikan. Seronok sebab anak-anak suka termenung disitu tengok ikan makan. Bukan anak aje, ibunya juga. Terapi minda dikala kekeringan idea menulis. Menengok ikan berebut-rebut makan sambil dengan bunyi deruan air jatuh ke kolam setelah ditapis di kotak tanaman atas.








Tuesday 30 January 2018

Hati berbunga bila mertua dan adik ipar hadiahkan pokok herba english

Hati tersenyum bila ibu mertua juga memberi sokongan terhadap minat Cik Yam iaitu bertanam. Semalam Mak mertua kebetulan singgah pusat membeli belah sebelum pulang ke rumah bersama adik ipar. Tetiba sampai dirumah, adik ipar bagi pokok herbal english dekat Cik Yam untuk tambah dalam kotak "grow bed" kolam akuaponik Cik Yam.


Pokok Basil
Pokok kale
Pokok Rosemarry
Pagi tadi selepas hantar anak-anak ke sekolah, sempat koret-koret batu dalam bekas 'grow bed' akuaponik dan tanam terus pokok-pokok tadi.

Pokok-pokok herba english ni kadang kala agak sensitif sedikit. Jadi, Cik Yam kurang rajin nak tanam dalam pasu. Jadi. sumbat aje dalam grow bed aquaponik supaya air dan bekalan nutrien sentiasa ada. Lepas ni boleh lah masak pasta atau pizza guna daun herba segar. hehe


Monday 29 January 2018

Kebun mini saya

Text: Sharifah Maryam Sayed Mohammad
Photo. Sharifah Maryam Sayed Mohammad

Hobi yang paling digemari adalah bercucuk tanam. Pantang ada waktu terluang sedikit akan menapak la diluar rumah tu. Kadang-kadang bila hujung minggu, anak-anak masih ketiduran lagi, sanggup keluar pagi-pagi gembur-gembur tanah atau siram pokok. 

Tengok, belek, kadang-kadang bercakap dengan pokok adalah satu terapi bagi diri saya. Pokok pun perlu kasih sayang juga tau. Perlu dibaja, disiram dan digemburkan. Jika ada serangga perosak perlu dihapuskan supaya boleh tumbuh dengan sihat.

Ini antara semaian dalam pasu depan rumah Cik Yam seminggu lepas.

Daun kucai mula mengeluarkan daun

Anak bayam malabar

Anak selasih

kangkong

salad
In Shaa Allah akan update lagi bila pokok dah besar sedikit di lain entri.

Sunday 28 January 2018

Homemade Mee Bayam

Hari ini baru berkesempatan bereksperiment didapur. Paling pening bila memikirkan anak-anak nak makan apa. huhu. Tadi pagi ada beli bayam hijau. Kebetulan anas minta buat mee tarik. Dia suka sangat makan mee panas-panas yang Cik Yam buat sendiri. Tapi memikirkan satu sayur pun anas dan amna susah nak telan, Cik Yam cuba buat mee bayam. Warna hijau yang menarik dan berkhasiat.

Mee bayam siap untuk direbus

Sedang merebus

Tarraa.. dah siap. 

Mee bayam ni tidak begitu rumit jika anda mempunyai mesin. Boleh juga guna mesin pemutar mee yang manual. Biasa ada jual gi giant atau tesco. 

Oleh kerana Cik Yam peminat mee, sejak kecil lagi mak saya biasa buat mee gandum sendiri. Zaman Cik Yam kecil-kecil dulu hanya uli pakai tangan, canai dan hiris pakai pisau untuk dapatkan bentuk mee. Pakai mesin mee yang manual itu pun penah. 

Kedua-dua teknik tu ok jika kelurga anda tidak kerap makan mee. Tapi keluarga Cik Yam boleh dikatakan setiap minggu buat mee, jadi masa sebelum berhenti kerja dulu, cik yam sempat sertai geng kutu beli 'noxxa noodle maker'..hihi gigih kumpul gadget dapur tau sebelum berhenti sebab nak cepatkan kerja supaya boleh jaga anak dengan baik serta sesambil ber 'blogging' juga.

Ni dia resepi mee bayam yang sangat mudah.

Resepi Mee Bayam

400 g tepung gandum
130 jus bayam
secubit garam
satu sudu besar minyak masak

Uli sehingga sekata, Canai dan hiris bagi yam manual. Jika pakai noodle maker, just ikot aja SOP mesin. dah siap rebus. Suka hati korang lah nak masak apa lepas tu.


Hujung minggu di Pusat Sains Negara

Sudah dekat sebulan rasanya Cik Yam tak bawa anak-anak keluar beriadah atau jalan-jalan disebabkan kurang sihat dan kami sememangnya mengelak untuk bawa ke tempat awam sepaya masalah batuk kahak mereka pulih dengan sepenuhnya. 

Jadi, hujung minggu baru-baru ini, Cik Yam dan suami merancang bawa anak-anak ke Pusat Sains Negara. Walaupun dah lama viral di sosia media, kami diamkan diri dulu sebab tak mahu bersesak-sesak bawa anak ketika promosi masuk percuma hujung tahun lepas. 

Tiket masuk untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun adalah percuma. Dewasa rm 6 dan warga emas rm3. Jadi ok lah kan hanya bermodal RM12 sahaja untuk mak bapak masuk dan anak-anak main sampai puas.



Tiket masuk ke pusat sains negara
Banyak juga seksyen yang boleh anak-anak meneroka dunia sains. Semua aspek asas biologi, fizik dan kimia di pamerkan. Walaupun kami luangkan masa lebih kurang 4 jam, masih banyak yang belum betul-betul teroka bersama anak-anak. memang kena datang banyak kali lagi. Bagi saya, salah satu tempat yang bagus untuk ajar anak asas sains. Lagi pun ada taman permainan untuk anak-anak bawah 2 tahun. Mudah untuk Cik Yam tenangkan Adam yang tengah aktif dan lasak kerana ada kawasan yang selamat dan boleh diterokai oleh budak kecil juga.

Pusat Sains Negara (PSN) ni agak besar, kalu tak silap ada tiga tingkat. Tapi anak-anak Cikyam yang bawah umur  ni, memang lebih cenderung menerokai tingkat satu sahaja. Tak sempat nak melawat tingkat lain sebab dah penat. Jadi, penting merancang perjalanan anda tau. Bawak bekal siap-siap supaya anak tak meragam bila lapar dan tak perlu keluar jauh beli makanan.

Sebahagian daripada kawasan 'kidzworld' yang anak-anak suka nak main.





Sebahagian gambar anak-anak di banagian Eureka yang berkonsepkan 'hans-on' dan aplikasi fizik yang membuatkan anak-anak seronok meneroka dan hampir tidak sedar 3 jam di kawasan ini sahaja.









Akhirnya jam 3.30 petang. muka macam mat jebong dah semua, penat sangat main. Alhamdulillah makan dan minum dah selesai sambil-sambil bermain tadi. Bila masing-masing penat, suruh berjalan pun tak mahu. Jadi bertabah lah ibu dan ayah yer. Kerusi tolak bawa satu sahaja. Kakak penat sangat tak  boleh jalan, abang Anas tak mahu kongsikerusi tolak. Adik adam redho aje abang kakak ambil kerusi tolaknya. Dapat dukung dengan ayah lagi best. hihi..

Bagi anda yang ada anak lebih dari dua silalah bawak kerusi tolak lebih atau yang berkembar. Kalu tak macam-macam drama nak sampai ke tempat parking. huhu




Balik rumah, anak-anak minta datang lagi sebab tak puas main. hihi nanti kita berkunjung lagi yer nak..



 

Nasi Ayam yang mudah dan paling pantas penyediaannya

Text: Sharifah Maryam Sayed Mohammas
Photo: Sharifah Maryam Sayed Mohammad

Hujung Minggu baru ni Cik Yam dan Suami bawak anak-anak beraktiviti di pusat sains negara. Memandangkan kami sibuk dengan urusan harian sebelum ini, jadi semalam luangkan masa sedikit untuk beriadah sambil mengenal ilmu sains dengan anak-anak.

Cik Yam agak disana pasti susah nak cari makan dan lebih baik bawa bekal. Jadinya, pagi sebelum gerak Cik Yam ketung- ketang lah didapur masak nasi ayam express. Masa ni lah nak guna periuk Noxxa dan juga chopper ajaib tupperware supaya kerja memasak jadi pantas.

Nasi Ayam Thai yang sangat mudah lagi sedap sampai bertambah-tambah. Resepi ni Cik Yam ambil dari rakan Facebook yang semamangnya mengemari masak nasi ayam thai. Jadi jom kita tengok ape bahan-bahannya serta cara yang jimat masa nak sediakan.

Bahan-Bahan:

1. Untuk Sup
  • Ayam Seekor (saya siap defrost semalam, turunkan dekat bahagian bawah peti sejuk)
  • Selabu Bawang Putih Size besar
  • Akar Daun ketumbar Seikat
  • Halia 2 inci
2. Untuk Nasi
  • Beras 6 pot (pakai cawan sukat beras)
  • Halia kisar 1 sudu besar
  • Bawang putih kisar 2 sudu besar
  • Secubit garam
3. Untuk Sos
  • Selabu Bawang putih 
  • Cili Api 10 biji
  • Gula perang 3 sudu besar / gula kabung / molases
  • Limau Nipis 2 biji
  • Daun ketumbar
  • Sos Ikan (saya guna brand ferry)
Cara-caranya:

Potong ayam ikut citarasa masing-masing. Cik Yam memang beli ayam dah potong 8, Jadi basuh bersih-bersih terus boleh masak. Untuk masak sup, cik yam guna periuk tekanan noxxa. Jadi, masukkan ayam yang telah dibersihkan dalam  bersama bahan-bahan rebusan iaitu, bawang putih, akar daun ketumbar dan halia. Tekan High Pressure (HP) selama 15 min.


Sesambil tunggu sup siap, Cik yam sediakan sos nasi ayam yang super pedas meresik kata orang. hihi
Oleh kerana Lesung di rumah Cik Yam hilang entah kemana masa renovation rumah dulu, Cik Yam pakai Chopper brand tupperware aje..


       

Cara-caranya adalah masukkan Cili api, bawang putih dan daun ketumbar. Kemudian tutup dan tarik-tarik tali chopper tu, 1 min siap. Keluarkan bahan yang di lumatkan tadi kedamam bekas, perah asam limau, masuk gula perang dan akhir sekali sos ikan dalam 5 sudu besar. Nanti seimbangkan rasa masam manis masin pedas ikot cita rasa masing-masing ya.

Tek tek tek..periuk noxxa berbunyi menandakan sup dah siap. Semerbak bau sup sampai encik suami dekat bilik atas turun jenguk ke dapur tak sabar nak makan walaupun masak nasi untuk buat bekal tengah hari nanti.

Dah boleh masak nasi pula. Cik Yam pakai 2 inner pot untuk masak nasi ayam ni sebab senang dan jimat masa. Jika anda beli periuk Noxxa dan kerap masak, Cik Yam cadangkan beli satu lagi inner pot untuk cepat masak nasi sebab bila dah masak sup, inner pot pertama sangat panas dan perlu tunggu sejuk..Jadi Cik Yam tak nak buang masa.

Ok untuk nasi, guna inner pot yang kedua. Masukkan 6 pot beras yang telah dibasuh. Kemudian, masukkan 8 pot sup yang telah masak dalam inner pot pertama. Masuk bawang putih dan halia kisar tadi dan juga secubit garam. Kacau untuk ratakan rasa dan masukkan ayam dalam sup diatas. Tutup periuk noxxa. tekan hight Pressure 2 min, kemudian diikuti dengan Steam 5 minit. Dah siap nasi ayam. Mudah kan.

Nasi ayam yang siap dimasak selepas HP2 min dan Steam 5 minit.


Sambil tunggu nasi masak, sempat sediakan bahan ulam pula. Ni aje yang ada dalam peti ais. Jadi la kan. hehe





Lebihan sup tadi, cik yam masuk kedalm periuk kecik sedikit, dam masuk garam secukup rasa seta daun ketumbar. Panas balik sampai gelegak atas dapur.




Alhamdulillah, dah siap bekalnya yang ambil masa lebih kurang 45 min sahaja. Oh ya, ayam tu jika anda suka yang goreng boleh juga goreng, tp Cik Yam lagi suka makan yang masuk sekali dengan nasi sebab kutrang guna minyak. hehe
Bekalan tengahari siap!!!


Resepi mudah dan tak perlu pakai serbuk perasa atau kiub ayam tau. Anak-anak bertambah-tambah makan.




Thursday 25 January 2018

Mengapa saya memilih Shaklee

Saya mula kenal dan makan produk shaklee pada tahun 2012. Ketika itu saya sedang mengandung anak pertama. Oleh kerana saya kerap kejang kaki, dan sakit pinggang yang sukar dibendung, saya disarankan oleh rakan baik saya iaitu upline saya Mater Farah Alias untuk cuba Ostematrix. Alhamulillah makin pulih dan terus jatuh cinta dengan produk shaklee.

Pada awalnya semasa bersalin anak pertama, saya tidak berpantang dengan produk shaklee disebabkan sudah beli set bersalin jenama lain. Sayang pula nak bazirkan. So, guna sahaja produk yang sedia ada. Seminggu selepas bersalin, master farah datang melawat dan memberi hadiah set trial berpantang (masa tu shaklee tak hadkan lagi pengedar buat set trial, sekarang dah tak ada). Oleh kerana, luka bersalin masih tidak elok lagi serta susu badan kurang saya mencuba set trial yang dihadiahkan oleh master farah tu. Alhamdulillah, badan segar dan bertenaga, luka pun makin  pulih serta susu makin meriah.

Daripada situ, saya yakin produk ni sangat bagus dan mula mendalami sedikit demi sedikit setiap produk dan kongsikan pengalaman dengan rakan pejabat. Jadi, Selain keberkesanan produk, perkara yang membuatkan saya masih setia lagi dalam bisness ini adalah kerana:

  1. Produknya semulajadi dan tiada bahan yang kimia yang merbahaya
  2. Sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam serta halal.
  3. Mempunyai Landmark Study dan banyak journal kesihatan diterbitkan tentang produk shaklee
  4. Bisness yang mepunyai mentor yang boleh bantu saya mengembangkan bisnes shaklee serta sentiasa memberi galakan
  5. Sistem yang adil dan patuh syariah.
  6. Sudah bertapak di pasaran Malaysia lebih 20 tahun dan di peringkat dunia sudah 60 tahun
Dan banyak lagi sebenarnya jika dibandingkan dengan produk suplimen jenama lain.


Tuesday 23 January 2018

Pengalaman jual kueh raya

Sejak berkeluarga, ada saja keperluan yang diperlukan. Kekangan pendapatan dan suami belum bekerja tetap ketika itu membuatkan saya mencuba bisnes sampingan iaitu menjual kueh raya dan juga kek lapis. 

Pada awalnya saya hanya menjual kek lapis yang kakak no 2 saya buat kepada saudara sebelah keluarga suami. Setiap kek yang saya jual dapat keuntungan rm10. Masa tu dapat jual 20 biji. Rasa teruja juga masa tu sebab hanya kongsikan gambar di group whatapps keluarga sahaja dah dapat buat jualan. Maklumlah dapat duit tambahan, boleh buat belanja kos minyak dan tol balik kampung untuk hari raya. Jadi, setiap kali musim perayaan saya akan jadi agen kek lapis untuk kakak saya. 

Selain itu, saya juga penah menjual biskut raya "ketuk-ketuk aidilfitri". Masa tu tengah mengandung anak yang kedua. Asalnya pergi rumah sahabat karib di sri gombak. kebetulan beliau jadi stokis kueh raya ketuk-ketuk aidilfitri. Dapat rasa sampel biskut. Sedap sampai tak sedar habis sepiring makan..hihi. Terus saya beli dalam 5 balang masa tu. Masa tu, tak niat pun nak jadi agen ke ape..beli untuk makan sendiri sahaja. 

Kebetulan minggu depan banyak workshop yang saya perlu hadiri, jadi biskut raya la peneman supaya tak mengantuk. Sebulan lagi nak puasa dah, jadi makan la puas-puas..haha.. Duk dalam bilik meeting tak kan lah nak makan sorang-sorang yer..jadi kongsi-kongsi juga dengan rakan sebelah dan depan meja. Ape lagi, lepas workshop ada yang nak menempah popia dan semosa goreng 10 balang. Hati berbunga-bunga terus telefon stokis nak order. 

Bermula dari itulah saya suka sangat jual kueh raya, sebab dapat bagi kegembiraan kepada orang ramai dengan kueh yang sedap. Setiap tahun memang ada saja tempahannya. Walaupon kadang-kadang saya tak promot pon, tapi masih ada pelanggan yang setiap untuk membuat tempahan.

Saya penah jual kueh raya dapat duit extra dalm RM500. takda lah banyak sangat kan tap cukup untuk tampung kos balik kampung dan belanja ketika dikampung. Sapa nak bagi kan kalu tak usaha sendiri. 

Dah tiga tahun berhenti jadi agent ketuk-ketuk aidilfitri. Tahun 2018 ni berazam nak mulakan balik bizness sampingan ni. sekurang-kurangnya dapat untuk duit raya anak buah nanti. Nanti saya akan update senarai biskut raya yang saya jual yer.




Pengalaman kerjaya pertama

Setelah tamat universiti, saya merima tawaran untuk bekerja di tempat ibu saudara saya bekerja iaitu kolej universiti teknologi dan pengurusan malaysia (KUTPM) . Kebetulan masa itu, memerlukan staff di jabatan makmal sains. Saya dengan gembiranya menerima sahaja tawaran tersebut sebab matlamat saya setelah habis belajar seharusnya memberi sumbangan kepada keluarga. Tarikh lapor diri untuk kerjaya pertama saya adalah pada 3 ogos 2005.

Maka bermulalah kerjaya pertama saya sebagai seorang pembantu makmal sains perubatan. Saya bermula dari bawah ketika itu kerana saya tiada pengalaman atau pengetahuan makmal sains perubatan cuma tahu asas sains persekitaran sahaja. Saya banyak belajar melalui praktikal makmal yang dilakukan oleh para tutor. 

Makmal pertama yang saya diberi tugas adalah makmal Hematologi dan Immunologi (makmal kaji darah). Agak pening juga saya ketika itu nak memahami setiap maksud dan terma dalam praktikal yang dijalankan. Maklumlah sebelum ini belajar dalam makmal persekitaran, belajar tentang pencemaran dan penjagaan alam sekitar. Alhamdulillah ketua jabatan ketika itu, sanggup turun padang ajar saya daripada asas sampai kepada praktikal dalam makmal.

Walaupun kerjanya agak mudah iaitu membantu pensyarah atau tutor membuat persediaan ujikaji  di makmal sahaja, saya tetap nak tahu apa fungsi setiap ujikaji yang dijalankan. Semua topik ujikaji di bawah jagaan lab saya, saya harus faham kehendak ujikaji dan jika tidak faham perlu bertanya atau belajar dari senior lab mahupon tenaga pengajar. Sangat seronok bekerja ketika itu, dapat rakan kerja yang baik dan ringan tulang membantu serta tidak lokek ilmu untuk ajar orang baru.

Saya mengambil masa lebih kurang setahun untuk mendalami ilmu makmal perubatan sambil saya bekerja.  Tugas sebagai pembantu makmal perubatan semestinya perlu mantap dari segi menyediakan bahan uji kaji yang betul supaya tidak memberi masalah kepada ujikaji yang akan dijalankan dalam kelas oleh pelajar. Selain itu, tanggungjawab menjaga serta buat penyelenggaraan peralatan juga adalah tugas  yang wajib dilakukan oleh setiap staf teknikal makmal perubatan kerana sangat penting untuk jaga kualiti ujikaji.

Setelah 2 tahun bekerja di KUTPM (nama kolej sebelum MSU), ramai rakan-rakan makmal yang lain dah berhenti kerja disebabkan dapat peluang yang lebih baik. Entah kenapa, saya tidak teringin untuk mencuba pekerjaan lain melainkan memantapkan kemahiran ditempat kerja yang sedia ada. Sebelum itu, ada juga panggilan temuduga di jabatan kesihatan untuk jawatan pegawai, tapi saya menolak kerana saya suka dengan kerja makmal, rakan kerja dan suasana yang ada di KUTPM. Lagi pula ibu saudara saya sudah bersusah payah menolong saya untuk dapatkan kerja ini. Saya perlu berterima kasih dan bekerja sungguh-sungguh demi keluarga tersayang.

Alhamdulillah hasil bersusah payah belajar selok belok makmal, saya dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan. Ketika itu ketua jabatan yang lama sudah berpindah ke sektor kerajaan. Jadi saya dipilih untuk galas tanggungjawab pengurusan makmal pada tahun 2008. Berat hati juga untuk menerima tawaran tersebut, tapi pengarah besar KUTPM ketika itu beri keyakinan serta percaya yang saya boleh lakukan. Jadi tawaran diterima sambil dalam hati berdoa, Ya Allah permudahkan perkerjaanku dan jauhi aku dari sifat sombong dan bongkak.

Menjadi seorang ketua makmal yang bukannya berlatar belakang sains perubatan agak mencabar bagi saya. Banyak yang saya tidak tahu dan perlu saya pelajari sendiri. Pada awalnya saya banyak menghadiri kursus-kursus teknikal makmal, kursus pengurusan dan keselamatan makmal serta kursus pengurusan sisa kimia dan sisa klinikal.  

bersambung ..


Nota Inspirasi Suri Rumah

Perkara yang menguatkan hati saya untuk buat keputusan berhenti kerja adalah kesihatan anak-anak. Saya tidak boleh lepas tangan kepada pihak taska sahaja bila anak-anak kurang sihat. Sungguh kerjaya juga penting untuk menampung keperluan hidup seharian kami. Tapi, masa bersama anak-anak dan juga kesihatan mereka juga penting untuk mereka membesar dengan baik. 

Masa tu saya pikir, anak-anak masa kecil lah kita nak memberi perhatian yang sebaiknya, nanti dah besar esok-esok tak bersama kita dah. Jadi saya dah pikir masak-masak sejak dua tahun yang lalu. Selesaikan hutang-hutang yang membebankan serta membuat sedikit simpanan kecemasan dan mula aktif buat bisness sambilan untuk saya latih diri bila jadi WAHM nanti. Macam-macam bisnes saya buat, jadi pengedar Shaklee, dropship kueh raya, jual emas dan juga terlibat dengan pelaburan saham.

Sekarang masih aktif jadi pengedar shaklee, menjual kueh raya bila tiba musim. Bisness emas saya dah stop sebab kurang minat. In shaa allah coming soon akan ikuti kelas saham intensif sifu-sifu hebat di Bursa Saham Malaysia. Apa sahaja peluang yang boleh saya tambah pendapatan dan saya minat nak buat, saya akan usaha yang terbaik. Mudah-mudahan tahun 2018 saya bangkit untuk kukuhkan kewangan keluarga serta lebih banyak memberi manfaat kepada orang-orang yang saya sayangi.

 


Rutin sebagai Suri Rumah

Sebagai seorang suri rumah, Rutin harian akan bermula seawal 5 pagi. Bangun Awal pagi siapkan bekalan makanan anak dan suami serta keperluan sekolah. Usai jam 6pagi, saya akan kejutkan semua orang untuk bangun mandi dan solat subuh. Setelah itu saya akan mandi dan  solat subuh dahulu sebelum mandikan anak-anak. 

Ini antara jadual tugas yang menjadi rutin harian saya setakat hari ini:

5.00 pagi : Sediakan breakfast keluarga (bergantung kepada keadaan)
5.30  pagi : Kejut suami dan anak-anak mandi
6.00 pagi : Mandi dan solat subuh, mengaji
6.30pagi : Siapkan anak-anak mandi dan beg sekolah, masuk baju dalam mesin basuh
7.00pagi :  Sarapan sesambil sidai kain, siram pokok & bagi ikan makan
7.30 pagi: hantar anak-anak sekolah
8.00 pagi: Mulakan  aktiviti harian, layan adam main, sesambil update blog, FB dan insta
10.00 pagi: start kerja2 dapur sambil kerja blogging dan keperluan adam
11.00 pagi: selesai masak tghari, bagi adam makan
11.30 pagi: TidurkanAdam
12.00 tghari: Lunch dengan suami jika blk tghari
12.30 ptg: Update blog, FB & Insta, Jawab PM customer
1.30 ptg: Solat zohor & rehat sambil layan customer or lipat kain
2.00 ptg: Adam bangun tidur, mandi 
2.30 ptg: Layan adam main
3.00ptg: siapkan makan ptg untuk anak balik sekolah
3.30 ptg: Ambil anak sekolah dan COD barang jika ada permintaan
4.00 ptg: layan anak makan
4.30 ptg: solat asar
5.00ptg: Layan anak main taman depan rumah atau naik basikal
6.00ptg: Siapkan makan malam
7.00 mlm: Mandikan Anak-anak
7.30 mlm: Mandi, Solat sama-sama dengan anak-anak
8.00 mlm: Ajar anak ngaji, tengok kerja sekolah, layan anak-anak main atau story
9.00 mlm: tidurkan anak-anak
10.00 mlm: Tulis blog / selesai kerja-kerja rumah yang tertangguh
12.00 mlm: tidur

Selain itu, hobi menanam akan dibuat pada hujung minggu atau mencelah waktu pagi or petang jika ada kelapangan serta jika ada anak pokok yang perlu disemai. 

Jadual padat kalah kerja office yer..tapi saya puas hati sebab lebih fokus keluarga dan tak perlu keluar rumah setiap hari.


  


Diari Suri Rumah 2018

Syukur Alhamdulillah, saya dah hampir 3 minggu bergelar suri rumah sepenuhnya. Impian Jadi kenyataan!!!

Permulaan jadi suri rumah tidak terasa sangat disebabkan saya dah terbiasa ambil cuti bila anak-anak tidak sihat. Kebetulan juga akhir tahun sebelum berhenti, saya juga terpaksa ambil cuti awal kerana anak No 3 iaitu Adam masuk wad. Jadi, rutin kerja rumah seakan-akan saya dah terbiasa.

Cuma kali ini, hati sangat tenang dan hanya fokus kepada keluarga serta macam mana nak tambah pendapatan sampingan. Pengurusan masa seorang suri rumah sangat penting. Tidak semua benda kita dapat buat dalam masa satu hari. Perlu dijadualkan supaya kita tidak penat dan dalam masa yang sama dapat buat kerja online juga tanpa mengabaikan urusan rumah tangga.

Membesar anak-anak juga perlu kesabaran. Anak saya yang no 3, Adam memang tengah ligat sekarang. Dia dah terbiasa dengan jadual di Day Care. Jadi saya jadualkan waktu bersama adam lebih kurang masa day care MSU Kids dahulu. Dimana, waktu pagi akan ada sesi main di luar rumah atau kejar-kejar. Lepas itu, buat aktiviti gerak motor. kemudian waktu makan pun awal iaitu 11.30 pagi. jadi pukul 12 tghari akan siap mandi dan senang tidur.

Sesambil buat aktiviti dengan adam saya memasak. Jadi sedang elok tengahari anak siap makan, mandi dan tidur. Lunch tersedia dan suami balik tak pening kepala. Sebenarnya aturan hidup kita yang tentukan..nak keadaan yang macam mana. nak tersusun elok, malam sebelum tidur, kene listkan dahulu.

Tak dinafikan banyak juga cabaran bila bergelar suri rumah. Niat nak update blog selalunya tertangguh bila mana kena dahulukan keperluan anak. kadang sudah jadualkan pukul 10 pagi nak update blog, anak tengah popoo la, ajak main la dan sebagainya. Tapi bila dah lama, kita makin biasa dengan suasana itu dan tahu bila waktu yang kita boleh curi masa untuk berblogging.

huhu, stakat ini dahulu diari suri rumah dari saya. In Shaa Allah akan sambung lagi bila terluang.


Monday 22 January 2018

Persekolahan anak-anak 2018

 
Persekolahan anak-anak saya tahun 2018 tak banyak beza dari tahun sebelum ni, cumanya Amna dan Anas dah berpindah ke sekolah baru iaitu Safinatun Najah Montessori Kidergarten, Seksyen 7 Shah Alam. 

Sebelum ni Amna di Nimblebee Islamic Montessori entrepreneurship School, Seksyen 14 dan Anas di MSU Kids. Oleh kerana saya berhenti kerja, jadi persekolahan anak-anak, saya pilih yang berdekatan dengan tempat tinggal dan silibus yang ada hafazan serta iqra'.

Selain itu, saya ambil sesi persekolahan Amna dan Anas adalah dari pukul 8.30 pagi sampai jam 4 petang. Jikalau dulu sesi persekolahan adalah bermula jam 8 pagi hingga 6.30 petang. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat berbanding dengan sesi persekolahan tahun lepas.

Sesi persekolah pagi, Amna dan Anas seperti biasa akan belajar ikot jadual akademik yang ditetapkan oleh sekolah sehingga pukul 12 tghari. sesi petang lebih kepada day care dan baca iqra'

Alhamdulillah, tugas hantar dan ambil anak-anak tahun ini dilakukan dengan gembira tanpa rasa bersalah ambil waktu kerja atau tergesa-gesa untuk hantar anak semata-mata nak masuk office cepat atau sebagainya. Mudah-mudahan mereka membesar dengan baik disamping diterapkan ilmu agama sedikit demi sedikit.

Amna dan Anas juga nampaknya boleh suaikan diri dengan cepat di sekolah baru mereka. Manakala, Adik Adam pula sekolah dirumah..hehe..home schooling bersama ibu. In Shaa Allah akan datang saya kongsi pengisian adik adam dirumah.




Seronoknya berada di rumah

Alhamdulillah, syukur atas nikmatmu ya allah. Dapat kebebasan waktu bersama anak-anak juga suatu rezeki kan. Masih terngiang-ngiang lagi kakak amna, anak sulung saya cakap ketika saya ambil dia dari sekolah 2 minggu lepas.

"Ibu...Amna nak tanye ni..kenapa ibu ambil Amna dan Anas awal yer sekarang? Ibu pun jawab, sebab ibu dah kerja dekat rumah, boleh la ambil amna dan anas awal..

"Oh Ya, seronok nyer..Amna sronok sangat" katanya amna...Ibu tanya lagi kenapa Amna seronok sangat balik awal? Seronok sebab boleh main basikal petang-petang"..Allahu..menitik air mata masa tu. Budak seawal umur 5 tahun dah pandai menilai keadaan. 

Jika dahulu, tidak dinafikan, mereka jarang sangat main basikal diluar rumah, melainkan hari cuti umum atau hujung minggu yang kadang-kadang sahaja ada masa bersama mereka. Hujung minggu kami, kadang sempat melayan anak main, kadang tak dapat disebabkan waktu hujung minggu itu lah tuntutan waktu untuk kemas rumah, basuh baju, pergi pasar dan sebagainya. Jadi masa untuk luang bersama anak-anak sesambil aje atau kebanyakanya mereka bermain dalam rumah sahaja.

Selain itu, bila sudah tidak terikat bekerja dengan syarikat orang lain, kita bebas mengatur hidup kita sendiri. Tidak terkongkong dengan matlamat orang lain dan lebih fokus untuk capai apa matlamat dan impian hidup sendiri.  

Alhamdulillah dah masuk hari ke 22 sebagai surirumah, rasa berat hati nak pergi kerja dan meninggalkan anak yang kurang sihat di taska dah tak ada. Bila mana keputusan berhenti dibuat, adalah sesuatu keadaan yang agak lapang bagi saya. Walaupun tak bergaji dan perlu mencari sumber income tambahan untuk tampung keperluan harian, saya jadi tidak kisah. Sebab saya nampak BIG WHY saya dan yang penting saya berusaha sesuatu untuk keluar dari zon selesa.

Cuma yang memeningkan kepala adalah apa nak masak hari ni? hahaha..google aje kan..jadila menunya. Saya bukan lah orang pandai memasak. Jadi, kebanyakan resepi saya google sahaja atau resepi ibunda. Bila dah tak kerja, memasak adalah rutin harian juga. Jarang kami makan dekat kedai dah sekarang. Seronok bila penat masak, anak dan suami balik kerja lapar dapat makan. Satu nikmat yang jarang dibuat ketika bekerja sebab masing-masing keluar rumah dan balik rumah waktu yang sama atau pun lewat. Jadi ikot sempat sahaja. beli apa yang mudah atau masak apa yang mudah.

Minat dalam berkebun juga dapat dimanfaatkan bila ada masa terluang. Malah setiap hari dapat belek-belek anak pokok yang sedang disemai. Digembur, dibaja dan disiram sudah menjadi rutin sama ada harian atau mingguan ikot keperluan semasa. Sekarang saya perluaskan lagi bidang penanaman dengan bereksperimen di belakang rumah. Saya cuba hasilkan baja organik dari sisa makanan dari dapur supaya tidak membazir serta dapat dimanfaatkan oleh pokok. Mudah-mudahan menjadi. Jimat la sedikit kos membeli tanah kompos. 

Huhu, itu sahaja yang dapat saya kongsi setakat pengalaman yang beberapa minggu aja ni. In shaa allah akan update lagi dalam entry yang sama bila ada masa terluang.









Mengapa saya berhenti kerja

Menjadi seorang suri rumah semestinya diidam-idamkan oleh kebanyakan ibu bekerja. Saya pasang niat nak berhenti kerja 2 tahun lepas dan saya ada tulis dalam buku matlamat 2016 iaitu berhenti kerja pada tahun 2018. Alhamdulillah, impian menjadi kenyataan. 

Ok, berbalik kepada topik utama kenapa saya berhenti kerja? Sebab utama adalah pengurusan anak-anak dirumah. Kerja saya sebagai seorang manager di makmal semestinya mempunyai tanggungjawab yang besar. Banyak hal-hal keluarga saya perlu ataurkan dengan bijak. Suami la yang banyak membantu untuk jaga anak-anak.

Ya tak dinafikan, saya agak bertuah kerana ketiga-tiga anak dapat bersekolah di dalam tempat kerja (taska khas untuk anak-anak staf).  Jadi urusan penjagaan agak mudah. Jika saya perlu bermesuarat atau ada aktiviti universiti diluar waktu kerja atau lewat petang, MSU kids masih berkidmat sebaiknya untuk saya. Namun dalam hati saya, ya allah sampai bila anak aku nak membesar begini...Keluar rumah seawal pagi, balik rumah lewat petang dan ada kalanya lewat malam. Dari anak yang sulung umur 5 tahun sampailah yang kecil umur setahun lebih. Membesar dengan ibu dan ayah hanya diperjalanan kerja dan waktu tidur malam sahaja.

Anak-anak yang sedang membesar memang memerlukan ibu bapa untuk menyokong tumbesaran mereka. Anak-anak saya kebanyakkannya ada masalah bronchitis dan asthma. Sejak ada anak dari seorang hinggalah sekarang, dah tiga orang anak, memang performance kerja saya agak kurang memuaskan. Saya tak dapat fokus dengan sebaiknya disebabkan kerap ambil cuti bila anak-anak kurang sihat.

Kerja hakiki di pejabat memang tak pernah habis. perlu pemantauan yang baik untuk menggerakkan anggota jabatan. Saya sayang jabatan makmal yang sekian lama saya bangunkan. Tapi saya tak mahu ianya kecundang dek kerana saya sendiri kurang fokus. Jabatan perlu seseorang yang sangat  kental dan ingin buat perubahan baru. Perlu suntikan paradigma dan sudah tentunya memerlukan ketua yang berdedikasi.
Jadi, antara memilih untuk berjaya dalam kerjaya dan keluarga, saya memilih untuk fokus keluarga. Tambahan pula, anak kecil saya kerap masuk hospital dek kerana masalah pernafasan dan alergi. In Shaa Allah dalam entry akan datang saya akan cerita lagi masalah yang dihadapi oleh anak saya.

Sungguh, kami bukan orang yang ada-ada. masih bekerja mencari rezeki halal. Belum mampu membeli rumah sendiri lagi dan masih menumpang dirumah ibu mertua. Alhamdulillah, ibu mertua banyak menyokong untuk saya terus maju walaupun berhenti kerja. Beliau seorang ibu mertua yang sangat positive dan saya anggap macam mak sendiri. Sungguh banyak motivasi serta nasihat pengalaman hidup beliau yang dikongsikan. Itulah kekuatan saya untuk behenti kerja selain restu dari mak kandung dan suami juga.

Sekarang, pendapatan keluarga hanyalah bergantung kepada suami sahaja dan juga perniagaan sampingan yang saya sedang usaha. In Shaa Allah dimana ada usaha di situ ada jalannya. yang penting ingat balik BIG WHY. Saya nak lihat anak-anak membesar dengan sihat depan mata saya sendiri. Itu lah bahagia yang perlu disyukuri.







Sunday 21 January 2018

Pengalaman berhenti kerja


Alhamdulillah harini cukup 22 hari bergelar suri rumah sepenuh masa. Belum banyak lagi pengalaman dan cabaran yang saya boleh kongsikan disini. Hanya cabaran permulaan jadi suri rumah sahaja boleh dikongsikan.

Sebenarnya buat keputusan untuk berhenti kerja ni bukanlah sesuatu yang mudah bagi saya. Saya ambil masa lebih kurang 2 tahun untuk saya benar-benar nekad nak berhenti kerja. Bila mana terdetik dihati untuk kuat berhenti kerja, saya akan buat solat ishtiqarah beberapa kali dan tahun lepas memang rentak hati sangat yakin kearah untuk berhenti kerja. Jadi, akhir bulan September 2017 saya telah hantar notis berhenti kerja 3 bulan dan alhamdulillah feedback yang positif dari pengurusan tertinggi untuk saya berhenti kerja dengan alasan yang sebaiknya.

Sebelum tamat tempoh notis 3 bulan, ramai diantara rakan-rakan kerja yang seakan-akan memujuk untuk saya tidak berhenti. Ada yang tanya tak sayang ke dengan jawatan yang ada sekarang? kenapa nak berhenti? tak boleh ke anak kamu orang lain jaga? anak orang lain sakit juga..boleh je kerja..huhu banyak juga yang mempersoalkan kenapa nak berhenti kerja. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Tak dinafikan, perasaan berbolak balik tu memang ada untuk tarik balik notis. Cuma saya tetap dengan keputusan asal.

Menjadi seorang suri rumah bukan seperti gambaran kebanyakan orang tau. Hati kena kental sebab banyak benda yang kena buat sendiri. Kalau dulu, anak boleh hantar taska. Sekarang kena jaga sendiri dan banyak kekangan 'me time' juga. Disebabkan 'Big Why' saya untuk berhenti kerja adalah kerana anak, jadi saya kene terima seadanya. Kena berlapang dada walau apapun badai melanda.

Seminggu sebelum tamat perkidmatan saya di MSU, diuji dengan anak kurang sihat. Adam anak saya no 3 ketika itu demam panas melebihi 3 hari dan diikuti dengan muntah-muntah. Jadi pihak hospital terpaksa masukkan adam ke wad kanak-kanak kerana didapati kurang aktif serta mengalami sedikit dehidrasi.

Sedang saya sibuk menguruskan Adam di hospital, suami pula dikhabarkan kemalangan semasa memandu. Allahurobbi, sungguh saya ketika itu tak tahu apa rasa. Nak sedih benda dah jadi, nak marah pon tak guna juga. Hanya doa dan zikir sahaja peneman serta penguat jiwa untuk teruskan berhenti kerja. Alhamdulillah syukur, sekurang-kurangnya suami saya tidak cedera. Hanya kereta sahaja yang remuk dibahagian bonet depan. Suami terlelap seminit dan langgar pembahu jalan. Penat agaknya kehulu ke hilir anak masuk hospital dan saya 'patah kaki' nak handle semua urusan dirumah disebabkan masih di wad menjaga Adam.
 
Sebenarnya minggu terakhir tahun 2017 itu lah banyak urusan yang saya perlu selesaikan. Antaranya adalah handover kerja dekat pengurus baru, clearance dengan pihak Human Resource dan pendaftaran anak-anak juga. Semuanya terpaksa saya tangguh atau minta tolong suami dan ibu mertua yang handle dirumah.

Malam tahun baru, Anas anak no 2 pula yang demam. Oleh kerana kerap muntah dan demam panas, saya minta suami bawa anas dihospital. Senang saya jaga bersama adiknya Adam. Sekurang-kurangnya ada nurse dan doktor untuk dirujuk. Kebetulan saya ambil bilik seorang di hospital swasta, jadi boleh bawa anak lain untuk teman. Maka bermalam lah kami bertiga malam tahun baru diwad kanak-kanak.

Awal persekolahan tadika, saya tak dapat nak hantar anak ke sekolah disebabkan masih jaga adam di hospital. Hati seorang ibu agak sedih juga bila mana lihat mak-mak lain update dekat FB gambar hantar anak masuk sekolah dihari pertama. Kuatkan hati, sambil doa anak ibu mesti kuat walaupun tanpa ibu yang hantar dihari pertama. Jadi, suami seorang sahaja la yang hantar kakak Amna ke sekolah waktu itu.

Alhamdulillah, demam Anas dan adam makin pulih, 3hb Adam sudah discharge dari ward dan perlu datang balik untuk rawatan susulan seminggu lagi.  Jadi, saya perlu aturkan mana-mana tugas yang tertangguh dengan segera. Kesokkan hari, Anas dah boleh ikot kakak Amna ke sekolah. Hanya Adam sahaja dalam jagaan saya. Jadi waktu itu jugalah saya boleh buat clearance dan juga handover.

Permulaan tahun baru, pengalaman baru menjadi seorang suri rumah banyak mengisahkan kesihatan anak-anak. Maklumlah cuaca sekarang tidak menentu dan anak saya pula jenis yang alergi. Maka, jika seorang dikalangan mereka yang jatuh sakit, akan ada yang lain terkena juga. Jadi, itu lah yang menguatkan saya untuk berhenti kerja, kerana meraka yang memerlukan saya. In Shaa Allah dengan niat yang betul, saya yakin semua rezeki datang dari allah jua.

Maka bermula lah episod suri rumah saya, In Shaa Allah saya akan kongsi dalam entri yang akan datang.


Saturday 20 January 2018

Pengenalan diri penulis



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Salam perkenalan daripada saya Sharifah Maryam binti Sayed Mohammad. Saya merupakan suri rumah sepenuh masa bermula tahun 2018. Sebelum ini, saya bekerja sebagai pengurus makmal di Management and Science Universiti (MSU) selama 12 tahun. Sudah bekeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu Nur Amna (6 tahun), Anas (5 tahun) dan Adam (1 tahun 7 bulan).

Berlatarkan keluarga besar, mempunyai 10 orang adik beradik. Emak seorang surirumah sepenuh masa dan ayah bekerja sendiri sebagai mekanik. Pengalaman dibesarkan dalam keluarga susah, pahit getir hidup mengajar saya menjadi insan yang lebih kental dan tidak mengalah kepada keadaan.

Berasal dari Kuala Terengganu dan mula berhijrah daripada tanah tumpah darah bermula masuk Kolej Matrikulasi Seremban iaitu dari tahun 2000. Setelah tamat matrikulasi, dapat tawaran sarjana muda sains persekitaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama 3 tahun (2002-2005). Awal 2005, pernah mendapat latihan industri selama 3 bulan di Jabatan Alam Sekitar Selangor, Shah Alam. Mula bekerja di MSU, Shah Alam sebagai pegawai makmal sains sebaik sahaja tamat belajar dari UMS. Tahun 2007 dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan makmal sains dan kekal sehingga akhir tahun 2017. Alhamdulillah, banyak pengalaman pengurusan yang diperolehi disepanjang perkidmatan di MSU.

Membuat keputusan untuk behenti kerja bermula tahun 2018 kerana ingin fokus kepada penjagaan dan pendidikan anak-anak. Selain itu, saya juga sudah 6 tahun berkecimpung dalam perniagaan jualan lansung produk shaklee (2012) secara part time dan mula serius berniaga secara full time mulai tahun ini apabila sudah jadi surirumah sepenuh masa.

Juga menjadi agen biskut raya apabila tibanya musim perayaan. Antara produk biskut raya kegemaran ramai adalah dari Astana Delight dan Sekut Emjay's.  Justeru itu, saya juga  sangat minat menanam pokok terutamanya pokok herba dapur kerana ianya memberi manfaat kepada seisi rumah dan juga jiran tetangga. Selain itu, saya juga sedang usahakan baja kompos dari sisa dapur untuk dijadikan baja pokok-pokok dilaman mini depan dan belakang rumah. 

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi pengalaman hidup saya apabila menjadi surirumah sepenuh masa serta cabaran-cabarannya. Selain itu, berhasrat untuk berkongsi khasiat serta kebaikkan produk shaklee, pengalaman sendiri mengguna serta testimoni daripada pengguna lain tentang produk shaklee. Disamping itu juga, minat dalam ilmu berkebun dirumah juga akan dikongsi di blog ini.

Hidup untuk memberi manfaat kepada orang-orang yang saya sayang serta berusaha untuk keluar dari zon selesa. Mudah-mudahan perkongsian hidup saya ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Salam sayang dari saya. Sekian, Terima Kasih.










Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...