Sunday 21 January 2018

Pengalaman berhenti kerja


Alhamdulillah harini cukup 22 hari bergelar suri rumah sepenuh masa. Belum banyak lagi pengalaman dan cabaran yang saya boleh kongsikan disini. Hanya cabaran permulaan jadi suri rumah sahaja boleh dikongsikan.

Sebenarnya buat keputusan untuk berhenti kerja ni bukanlah sesuatu yang mudah bagi saya. Saya ambil masa lebih kurang 2 tahun untuk saya benar-benar nekad nak berhenti kerja. Bila mana terdetik dihati untuk kuat berhenti kerja, saya akan buat solat ishtiqarah beberapa kali dan tahun lepas memang rentak hati sangat yakin kearah untuk berhenti kerja. Jadi, akhir bulan September 2017 saya telah hantar notis berhenti kerja 3 bulan dan alhamdulillah feedback yang positif dari pengurusan tertinggi untuk saya berhenti kerja dengan alasan yang sebaiknya.

Sebelum tamat tempoh notis 3 bulan, ramai diantara rakan-rakan kerja yang seakan-akan memujuk untuk saya tidak berhenti. Ada yang tanya tak sayang ke dengan jawatan yang ada sekarang? kenapa nak berhenti? tak boleh ke anak kamu orang lain jaga? anak orang lain sakit juga..boleh je kerja..huhu banyak juga yang mempersoalkan kenapa nak berhenti kerja. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Tak dinafikan, perasaan berbolak balik tu memang ada untuk tarik balik notis. Cuma saya tetap dengan keputusan asal.

Menjadi seorang suri rumah bukan seperti gambaran kebanyakan orang tau. Hati kena kental sebab banyak benda yang kena buat sendiri. Kalau dulu, anak boleh hantar taska. Sekarang kena jaga sendiri dan banyak kekangan 'me time' juga. Disebabkan 'Big Why' saya untuk berhenti kerja adalah kerana anak, jadi saya kene terima seadanya. Kena berlapang dada walau apapun badai melanda.

Seminggu sebelum tamat perkidmatan saya di MSU, diuji dengan anak kurang sihat. Adam anak saya no 3 ketika itu demam panas melebihi 3 hari dan diikuti dengan muntah-muntah. Jadi pihak hospital terpaksa masukkan adam ke wad kanak-kanak kerana didapati kurang aktif serta mengalami sedikit dehidrasi.

Sedang saya sibuk menguruskan Adam di hospital, suami pula dikhabarkan kemalangan semasa memandu. Allahurobbi, sungguh saya ketika itu tak tahu apa rasa. Nak sedih benda dah jadi, nak marah pon tak guna juga. Hanya doa dan zikir sahaja peneman serta penguat jiwa untuk teruskan berhenti kerja. Alhamdulillah syukur, sekurang-kurangnya suami saya tidak cedera. Hanya kereta sahaja yang remuk dibahagian bonet depan. Suami terlelap seminit dan langgar pembahu jalan. Penat agaknya kehulu ke hilir anak masuk hospital dan saya 'patah kaki' nak handle semua urusan dirumah disebabkan masih di wad menjaga Adam.
 
Sebenarnya minggu terakhir tahun 2017 itu lah banyak urusan yang saya perlu selesaikan. Antaranya adalah handover kerja dekat pengurus baru, clearance dengan pihak Human Resource dan pendaftaran anak-anak juga. Semuanya terpaksa saya tangguh atau minta tolong suami dan ibu mertua yang handle dirumah.

Malam tahun baru, Anas anak no 2 pula yang demam. Oleh kerana kerap muntah dan demam panas, saya minta suami bawa anas dihospital. Senang saya jaga bersama adiknya Adam. Sekurang-kurangnya ada nurse dan doktor untuk dirujuk. Kebetulan saya ambil bilik seorang di hospital swasta, jadi boleh bawa anak lain untuk teman. Maka bermalam lah kami bertiga malam tahun baru diwad kanak-kanak.

Awal persekolahan tadika, saya tak dapat nak hantar anak ke sekolah disebabkan masih jaga adam di hospital. Hati seorang ibu agak sedih juga bila mana lihat mak-mak lain update dekat FB gambar hantar anak masuk sekolah dihari pertama. Kuatkan hati, sambil doa anak ibu mesti kuat walaupun tanpa ibu yang hantar dihari pertama. Jadi, suami seorang sahaja la yang hantar kakak Amna ke sekolah waktu itu.

Alhamdulillah, demam Anas dan adam makin pulih, 3hb Adam sudah discharge dari ward dan perlu datang balik untuk rawatan susulan seminggu lagi.  Jadi, saya perlu aturkan mana-mana tugas yang tertangguh dengan segera. Kesokkan hari, Anas dah boleh ikot kakak Amna ke sekolah. Hanya Adam sahaja dalam jagaan saya. Jadi waktu itu jugalah saya boleh buat clearance dan juga handover.

Permulaan tahun baru, pengalaman baru menjadi seorang suri rumah banyak mengisahkan kesihatan anak-anak. Maklumlah cuaca sekarang tidak menentu dan anak saya pula jenis yang alergi. Maka, jika seorang dikalangan mereka yang jatuh sakit, akan ada yang lain terkena juga. Jadi, itu lah yang menguatkan saya untuk berhenti kerja, kerana meraka yang memerlukan saya. In Shaa Allah dengan niat yang betul, saya yakin semua rezeki datang dari allah jua.

Maka bermula lah episod suri rumah saya, In Shaa Allah saya akan kongsi dalam entri yang akan datang.


No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...