Menjadi
seorang suri rumah semestinya diidam-idamkan oleh kebanyakan ibu
bekerja. Saya pasang niat nak berhenti kerja 2 tahun lepas dan saya ada
tulis dalam buku matlamat 2016 iaitu berhenti kerja pada tahun 2018.
Alhamdulillah, impian menjadi kenyataan.
Ok,
berbalik kepada topik utama kenapa saya berhenti kerja? Sebab utama
adalah pengurusan anak-anak dirumah. Kerja saya sebagai seorang manager
di makmal semestinya mempunyai tanggungjawab yang besar. Banyak hal-hal
keluarga saya perlu ataurkan dengan bijak. Suami la yang banyak membantu
untuk jaga anak-anak.
Ya tak dinafikan, saya agak bertuah kerana ketiga-tiga anak dapat bersekolah di dalam tempat kerja (taska khas untuk anak-anak staf). Jadi urusan penjagaan agak mudah. Jika saya perlu bermesuarat atau ada aktiviti universiti diluar waktu kerja atau lewat petang, MSU kids masih berkidmat sebaiknya untuk saya. Namun dalam hati saya, ya allah sampai bila anak aku nak membesar begini...Keluar rumah seawal pagi, balik rumah lewat petang dan ada kalanya lewat malam. Dari anak yang sulung umur 5 tahun sampailah yang kecil umur setahun lebih. Membesar dengan ibu dan ayah hanya diperjalanan kerja dan waktu tidur malam sahaja.
Anak-anak yang sedang membesar memang memerlukan ibu bapa untuk menyokong tumbesaran mereka. Anak-anak saya kebanyakkannya ada masalah bronchitis dan asthma. Sejak ada anak dari seorang hinggalah sekarang, dah tiga orang anak, memang performance kerja saya agak kurang memuaskan. Saya tak dapat fokus dengan sebaiknya disebabkan kerap ambil cuti bila anak-anak kurang sihat.
Kerja hakiki di pejabat memang tak pernah habis. perlu pemantauan yang baik untuk menggerakkan anggota jabatan. Saya sayang jabatan makmal yang sekian lama saya bangunkan. Tapi saya tak mahu ianya kecundang dek kerana saya sendiri kurang fokus. Jabatan perlu seseorang yang sangat kental dan ingin buat perubahan baru. Perlu suntikan paradigma dan sudah tentunya memerlukan ketua yang berdedikasi.

Jadi, antara memilih untuk berjaya dalam kerjaya dan keluarga, saya memilih untuk fokus keluarga. Tambahan pula, anak kecil saya kerap masuk hospital dek kerana masalah pernafasan dan alergi. In Shaa Allah dalam entry akan datang saya akan cerita lagi masalah yang dihadapi oleh anak saya.
Sungguh, kami bukan orang yang ada-ada. masih bekerja mencari rezeki halal. Belum mampu membeli rumah sendiri lagi dan masih menumpang dirumah ibu mertua. Alhamdulillah, ibu mertua banyak menyokong untuk saya terus maju walaupun berhenti kerja. Beliau seorang ibu mertua yang sangat positive dan saya anggap macam mak sendiri. Sungguh banyak motivasi serta nasihat pengalaman hidup beliau yang dikongsikan. Itulah kekuatan saya untuk behenti kerja selain restu dari mak kandung dan suami juga.
Sekarang, pendapatan keluarga hanyalah bergantung kepada suami sahaja dan juga perniagaan sampingan yang saya sedang usaha. In Shaa Allah dimana ada usaha di situ ada jalannya. yang penting ingat balik BIG WHY. Saya nak lihat anak-anak membesar dengan sihat depan mata saya sendiri. Itu lah bahagia yang perlu disyukuri.

No comments:
Post a Comment