Tuesday 20 February 2018

Cuti Tahun Baru Cina di Port Dickson


Alhamdulillah Cuti sekolah anak-anak 5 hari yang lepas terisi sedikit dengan aktiviti keluarga. Rezeki kami sekeluarga dijemput bercuti bersama keluarga Mak Anjang sebelah suami. Kebetulan beliau telah menempah Apartment TNB selama 3 hari 2 malam di pantai Teluk Kemang, Port Dickson bersebelahan dengan Hotel Tisher. Agak luas juga rumah Pangsapuri TNB di PD ni. Beruntung juga siapa yang bekerja di TNB. Ada banyak kemudahan untuk staff membawa keluarga bercuti. Dapat juga kami merasa.

Ruang tamu dan ruang makan yang luas

Bilik no 3 cukup untuk kami 5 orang ambil tilam extra satu letak dekat tengah


Bilik Utama - Keluarga Mak anjang

Ruang Dapur dan bilik no 2 disebelah kiri


Semua rumah di pangsapuri ini kebanyakan sama size dan boleh bawa keluarga maksimum 12 orang anggota sahaja. Kami haritu datang 10 dewasa 3 kanak-kanak. Kira ok lah kot. Kanak-kanak bawah 2 tahun dikecualikan. Antara aktiviti yang Amna, Anas dan Adam dapat terokai baru-baru ini adalah seperti gambar dibawah:

Main pasir di pantai Teluk Kemang sebelum daftar masuk rumah TNB




mandi manda di kolam rumah TNB




Main Playground pagi-pagi sebelum sarapan

Anak-anak memang seronok bila pergi bercuti. Walaupun agak memenatkan untuk persiapan baju, makan dan segala keperluan 3 hari 2 malam, yang penting anak-anak gembira dan dapat rakam dalam memori mereka. Percutian pendek di hujung minggu berakhir pada hari ahad tengahari. Alhamdulillah, anak-anak puas bermain. Jom pulang ke rumah pula.
sempat bergambar di kereta kuda sebelum pulang. entah dekat mana kami berhenti















Wednesday 14 February 2018

Cekodok Pisang buat hidangan makan petang

Hujung minggu baru-baru ni ibu mertua belikan sesikat pisang montel. Biasanya Adam atau Anas lah yang berminat nak makan, Paling tidak pun ibu atau ayah akan buat smootie pisang campur ESP Shaklee. Entah kenapa, seisi rumah tidak termakan pula dek kerana banyak makanan lain yang ada. 

Jadi, Hari ini Cik Yam pun buat cekodok pisang. Elak membazir buang begitu sahaja. Sedap dimakan panas-panas sambil hirup air teh suam. Kebetulah pula hujan lebat diluar rumah. Memang masa yang sesuai lah pekena cekodok pisang nih. 

Sudah beberapa hari, hujan tidak turun di Shah Alam. Kelihatan permukaan tanah merekah kekeringan akibat panas. Angin bertiup kencang bersama bunyi dedahan pohon bergeseran sesama seolah-olah sedang keriangan hujan turun. Indah sungguh suasana petang ini berangin- angin sambil menghirup teh panas. 




Begitu lah diari seorang suri rumah menikmati kehidupan dengan seadanya. Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan mu ya allah. Hujan Lebat dipetang hari membuatkan pokok-pokok diluar rumah keriangan bermandikan hujan.

Saturday 10 February 2018

Ulasan Kelas Tutorial Asas Penulisan Blog




 

Alhamdulillah berakhir sudah penulisan sesi cabaran 44 entri selama 20 hari yang di anjurkan oleh Akademi  Bekerja Di Rumah (ABDR). Terima kasih kepada Puan Masayu yang sudi beri tunjuk ajar kepada saya berkenaan penulisan asas blog. Tidak dilupakan juga Puan Hifzaila yang memperkenalkan akademi ini. Walaupun sebelum ini saya sudah memiliki blog, tetapi saya kurang arif menulis dengan betul dan kadang-kadang hanya mengambil sumber info dari website lain sahaja. 

Catatan kehidupan harian adalah sangat dititiberatkan dalam kelas ini. Perlu ada buku catatan hidup. belajar menulis cerita hidup setiap hari supaya kita dapat memahirkan diri dalam penulisan. Dengan penulisan, bermacam-macam pengalaman, aktiviti harian serta apa sahaja yang terlintas dipikiran kita boleh dicatat dan dijadikan sebagai sumber inspirasi penulisan.

Tidak dinafikan, saya bukan jenis yang pandai mencatat dengan kemas. Buku nota tidak pernah tersusun cantik. Mesti ada langkau-langkau atau catatan bercampur. Apapun cara kita catat tidak penting, yang penting hasil penulisan serta ideal yang menarik untuk terus menulis.

Dalam kelas ini juga, saya diajar bagaimana setiap hari perlu ada disiplin untuk menulis catatan setiap hari. Supaya kita sentiasa ada idea untuk menulis. Menulis mengajar saya untuk terus berjuang memantapkan diri dalam pelbagai seperti aspek kekeluargaan, pendidikan anak-anak serta berkongsi ilmu untuk menambah pendapatan sampingan keluarga.

Pemulaan menulis sememangnya banyak penggunaan bahasa percakapan sendiri serta gaya penulisan ejaan yang ringkas. Setelah dibiasakan menulis dan diberi tunjuk ajar, penggunaan bahasa yang betul dan tulisan penuh menjadi lebih mudah untuk saya menulis. Membuat catatan harian menjadikan saya lebih peka untuk setiap keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian supaya dapat dicatat dan diceritakan balik dalam blog.

Seronok juga bila berada didalam kelompok surirumah. Dapat juga bertukar-tukar maklumat serta membaca coretan blog mereka. Tidak terasa sunyi atau rendah diri kerana tidak bekerja di pejabat dan berjawatan tinggi. Pelbagai bentuk pengalaman yang saya jumpa bila berada didalam ABDR ini. Tambahan pula Puan Masayu yang sememangnya memberi komitmen yang tinggi untuk saya berjaya menulis mengikut target dan matlamat yang hendak dicapai.

Setakat ini dahulu ulasan saya mengenai kelas blog ini. Sekian Terima kasih kerana sudi baca coretan saya.


Friday 9 February 2018

Anak-anak bila tidak diberi gadjet

Siang tadi, anak-anak Cik Yam minta kebenaran untuk tengok cerita kartun di labtop ayahnya. Sebelum bagi kebenaran kene barjanji dengan ibu akan tengok selama 2 jam sahaja iaitu dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Jika tidak dibuat begitu akan ketagih keterlaluan untuk tengok cerita kartun tanpa hiraukan alam sekeliling. 

Jadi dekat-dekat jam 12 tengah hari, ingatan pertama akan kedengaran dari Cik Yam atau Nenda. Budak-budak ni biasa lah, akan tawar menawar bila hendak tutup komputer. Jika cerita belum habis dan ade sedikit masa sahaja lagi, Cik Yam akan bagi diskaun untuk habiskan cerita mereka tapi jika baru mula atau sudah banyak kali ulang tanyang, cerita akan di tutup begitu sahaja. Niat hendak disiplin masa mereka. Biar mereka tahu hidup berperaturan dan aturkan masa dengan sebaiknya.

Hari ini reaksi mereka ada sedikit merenget-merenget. Anas anak yang ke dua akan merenget dan merayu, cerita anas belum habis lagi atau asyik tengok cerita kakak aja, cerita anas belum tengok lagi. Macam-macam lah ragamnya. Cik yam tetap dengan perjanjian pagi tadi. 

Bila tidak diberi gadjet, atau komputer pandai pula mencari pengisian untuk bermain. Anak-anak ni kita kene bagi masa dan galakkan mereka buat aktiviti dirumah. Sambil-sambil itu, Cik Yam atau suami akan sama-sama bermain dalam dunia fantasi mereka. Kadang ajak mereka buat Origami, Kadang ajak mereka main rumah-rumah. 

Hari ni saja Cik Yam nak tengok apa agaknya mereka akan buat bila tidak diberi arahan. Ha, apa lagi macam kapal pecah dekat bawah tangga rumah ni. Penuh dengan kotak, bantal, mainan dan sebagainya. Pandai pula buat lego sama-sama budak dua beradik nih.


Begitu lah, jika kita kontrol gajet. Rumah memang bersepah tapi pada cik yam biar mereka merasai zaman bermain puas-puas dari terperuk tengok cerita 24 jam. Biar bersepah rumah, asalkan mereka tahu hargai kehidupan dan kasih sayang. Mudah-mudahan Cik Yam sentiasa diberi idea-idea yang bagus untuk mereka terokai perjalanan hidup yang masih panjang ini dengan lebih baik.

Roti 'paung' buat sarapan pagi mengibau kenangan lalu

Hari ini kami tidak kemana-mana. Anak-anak beraktiviti dirumah sahaja. Jadi, sarapan yang paling digemari anak-anak adalah roti 'paung'. Roti panas kosong yang sedap dimakan begitu sahaja. 
Usai mengemas dapur, Cik yam terus masukkan bahan adunan roti ke dalam mesin pembuat roti. Resepi roti seperti biasa yang cik yam sudah kongsikan dalam entri sebelum ni. 


Roti ini banyak kenangan saya di zaman kecil. Arwah nenek yang saya panggil 'tok' gemar buat roti. Katanya dengan roti lah dia membesar anak-anak nya iaitu mak dan adik beradik mak. Budak-budak sangat suka makan roti sebab senang dan mengenyangkan. Lagi-lagi budak yang tengah nak membesar. Jika nenek buat roti, saya lah orang pertama yang paling seronok. Makan roti panas bersama mentega sejuk. huhu

Entah kenapa Cik Yam masa lepas bersalin anak pertama teringin sangat buat roti. Pertama kali buat roti tak menjadi sebab tak ada ilmu sangat. Main redah aje buat ikut bahan yang ada. Kali kedua buat betul-betul, baru jadi dengan lebut. Tapi tangan sakit menguli. Dah tangan biasa ketip-ketip keyboard aja sebelum ni, tak biasa uli tepung macam tu lah kan.  

Nekad juga nak beli Bread Maker @ masin pembuat roti. Buat semakan harga di google, harga ketika itu lebih kurang dalam RM450 - rm 800. Huhu, mahal dan nak kena kumpul lagi duit. Nak jadi rezeki, kebetulan Cik Yam pergi ke kedai Cosway nak beli barang. Ternampak 'Bread Maker' brand Empress. Tanya taukeh kedai, berapa harga bread maker ni. Beliau jawab, Harga jual dlam rm500++ tak silap. Tapi jika ada kupon sebanyak 30 keping kot masa tu, harga dapat diskaun dalam RM350 lebih kurang. Gigih kumpul kupon masa tu dan akhirnya dapat beli mesin pembuat roti ikot bajet yang ada. Alhamdulillah dah masuk tahun ke enam berkidmat dengan kami sekeluarga.

Zaman sudah berubah, dahulu nenek uli pakai tangan, Cik Yam pakai bread maker. Masa banyak jimat dan tak penat. Yang penting boleh urus masa dengan baik, anak-anak seronok boleh makan roti panas-panas tanpa pengawet.





Biarkan anak-anak beraksi

Petang semalam setelah balik sekolah, Adam dan anas tidak mahu masuk rumah. Nak main 'ball' katanya. Maka, Cik Yam pun melayan mereka sesambil meyiram pokok tanaman depan rumah. Sesekali bola sampai dekat, Cik Yam tendang lah juga. Anak-anak lelaki memang suka permainan kejar-kejar, berlari dan panjat-panjat. Lain sungguh dengan anak perempuan saya yang sulung. Lebih suka aktiviti kreatif seperli bina sesuatu dari kotak, melukis dan main masak-masak.



Alhamdulillah, atas nikmatmu ya allah dapat bersama dengan anak-anak setiap hari melihat mereka membesar dengan sihat.

Set kehamilan shaklee mengikut bajet anda

Ramai yang cakap vitamin shaklee mahal dan tidak ada budget. Dulu Cik Yam juga berpikiran begitu. Tapi setelah cuba pelbagai suplimen lain yang lebih murah dan kesan kurang memuaskan, Cik Yam mencuba Shaklee. Bila ada kesan dan ikut cara pemakanan yang betul serta istiqomah makan setiap hari, kesannya semakin hari rasa semakin sihat.

Nak jadi cerita masa mengandung anak pertama, sebab terlalu kerap mengalami simpul biawak atau krem kaki. Cik Yam mencuba Ostematrix. Alhamdulillah mula dari itu sudah tiada krem setiap kali mengandung.

Sejak kenal Shaklee, Cik Yam akan sediakan bajet awal-awal bila mengandung. Trimester pertama mula dengan set asas hamil dulu. Lepas tu upgrade jadi  set lengkap dan seterusnya set eksklusif. Dah masuk second trimester upgrade lagi jadi set premium.Begitu la prosesnya bila nak sihat dan cergas masa mengandung tanpa ganggu urusan harian serta tanggungjawab di pejabat dan juga keluarga.

Kebanyakan vitamin shaklee tahan 3-4 bulan kecuali Ostematrix @ kalsium tahan sebulan dan ESP tahan 2 bulan jika anda ambil setiap hari. Jenis yang culas ada aje sampai berbulan tak habis makan. Tapi percaya la..jika anda nak sihat masa hamil dan tidak mengganggu kerja harian, anda perlu disiplin makan setiap hari.

Sekarang Cik Yam mahu berkongsi dengan anda, Set-set produk shaklee yang bagus dan mengikut bajet kemampuan anda sendiri. Jom kita tengok gambar-gambar dibawah.





Mudah-mudahan dapat membantu ibu-ibu diluar sana membuat keputusan yang bijak demi kesihatan diri serta bayi yang dikandung. Sebarang pertanyaaan boleh terus wasap dekat cik yam di link ini: http://MaryamAlbukhary.wasap.my untuk dapatkan kosultasi percuma!!!

Bawa anak-anak ke taman permainan

Petang rabu lalu, ambil anak-anak dari sekolah tadika jam 4 petang. Terpikir dah lama tak bawa anak-anak bermain di taman. Hari ini, luangkan sedikit masa bersama mereka. Jadi singgah sebentar bermain di taman rekreasi Seksyen 7 Shah Alam yang tidak jaih dari sekolah anak-anak.

Seronok sangat anak-anak bila ke taman. Banyak benda boleh diterokai. Memanjat, bergelongsor, bergayut dan sebagainya. Adik Adam yang selalu duduk di rumah pon bukan main seronok boleh main gelongsor.


Dulu-dulu bukan selalu Cik Yam ada masa bersama anak-anak ke taman. Jadi, bila sudah ada pilihan masa, biar anak-anak menerokai zaman mereka puas-puas. Kalu boleh Cik Yam nak kurangkan tengok komputer, TV atau apa-apa gadjet yang membuatkan mereka kurang berkembang dan kurang minat untuk aktif dengan dunia luar. Mudah-mudahan Cik Yam sentiasa sabar dan istiqomah dalam mendidik anak-anak yang semakin hari semakin lasak dan mencabar.

Thursday 8 February 2018

Kesan parut jerawat hilang dengan set vitamin kecantikan shaklee

Assalamulaikum..hari ini saya nak berkongsi tentang testimonial mereka yang dah menggunakan set vitamin kecantikan kulit:

1. Vitamin C & vitamin E bantu kurangkan parut jerawat


2. Kulit menjadi flawless serta bekas parut jerawat semakin hilang




Jika anda berminat tentang set vitamin penjagaan kulit, boleh hubungi Cik Yam di talian: 016-4210959 atau wasap terus di link ini: http://MaryamAlbukhary.wasap.my untuk konsultasi percuma.

Vitamin E - Vitamin Kasih Sayang

Text: Ditulis semula hasil dari pembacaan buku nutrisi shaklee dan penga
Photo: Sharifah Maryam binti Sayed Mohammad

Assalam, hari ini saya nak berkongsi tentang kebaikkan vitamin E ataupun saya gelarkan sebagai vitamin kasih sayang..Mari kita tengak ape keistimewaannya:

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen.Pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

3. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar.
4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual. 


Dengan mengamalkan Vitamin E sebiji setiap hari mampu membuatkan suami tersenyum-senyum dan menghargai isteri. Jom sihat luar dan dalam dengan Vitamin E. Boleh call  saya di talian 016-4210959 atau terus klik link wasap http://MaryamAlbukhary.wasap.my untuk dapatkan konsultasi percuma.

Teknik 'Power Pumping" dapat meningkatkan rangsangan susu ibu

Text: Hasil pembacaan sumber google dan pengalaman sendiri
Photo: Google

Saya nak berkongsi tips penyusuan yang agak berkesan selain faktor pemakanan yang sihat iaitu "Teknik Power Pumping". Teknik ini agak popular dikalangan ibu-ibu yang mengalami masalah susu badan sedikit diawal bersalin ataupun susu badan tengah merudum bagi yang dah habis pantang atau anak dan mula makan.

Selain itu, teknik ini bagus untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak dengan konsep "supply and demand". Lebih banyak permintaan (demand) yang diletakkan pada payudara anda, semakin banyak susu dihasilkan (supply).

Apa ke benda "Teknik Power Pumping" nih?

Teknik Power Pumping ini adalah satu teknik dimana kita cuba ‘meniru’ keadaan seolah-olah anak kita sedang menyusu secara aktif. Jadi badan kita akan menerima rangsangan untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu apabila kantung susu ibu dikosongkan dengan cepat.

Mengapa? Jika kita perasan, dalam sela masa tertentu bayi akan melalui fasa peralihan tumbesaran (pertumbuhan yang agresif) atau “Growth Spurt”. Dalam tempoh ini, bayi akan menunjukkan sifat mudah terganggu seperti asyik mengamuk, sensitif, lebih kerap menyusu atau meminta lebih susu ibu. Ini akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak susu.

Ingat konsep ‘supply and demand‘?
Teknik Power Pumping ini menggunakan konsep tersebut di mana payudara akan dikosongkan dengan kerap supaya ianya diisi dengan lebih kerap.

Macam mana nak buat teknik "Power Pumping" nih?
Walaupun teknik ini bunyinya menarik, tapi ia bukanlah satu teknik yang perlu diamalkan secara konsisten bagi menggantikan sesi penyusuan yang biasa. 

Anda hanya perlu gunakan teknik ini apabila ingin boost kembali penghasilan susu badan.
Teknik Power pumping oleh dilakukan mengikut peralatan breast pump yang telah atau bakal anda miliki. Ia boleh sama ada jenis Single Pump atau Double Pump. Mekanisme teknik Power Pumping adalah seperti berikut:
*1 – Single Pump
  • 1.1: Pam payudara sebelah kanan selama 10 minit, kemudian berpindah ke payudara sebelah kiri dan pam selama 10 minit juga.
  • 1.2: Rehat sebentar selama 5 minit jika perlu.
  • 1.3: Ulang langkah #1.1 dan #1.2 secara selang seli untuk tempoh 1 jam 10 minit bagi satu sesi Power Pumping.

*2 – Double Pump
  • 2.1: Pam kedua-dua belah payudara selama 20 minit.
  • 2.2: Rehat sebentar selama 10 minit.
  • 2.3: Ulang langkah #2.1 dan #2.2 secara selang seli untuk tempoh 1 jam bagi satu sesi Power Pumping

Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3-7 hari (bergantung kepada individu).
Pengalaman cik yam menyusu anak-anak dulu, selain melakukan power pumping, gigih juga mengepam 2 jam sekali, minum air kosong banyak-banyak, makan pun sesuka hati..upppss..bab nih memang kadang-kadang tak kuat iman dengan tuntutan kerja di rumah dan pejabat.
Penat toksah cakap lah, sebab saya terpaksa terkejar-kejar keluar masuk meeting, nak menyelit pum susu lagi, makan sambil-sambil aje ikot mana yang sempat..huhu..
Oleh kerana itu, saya berusaha mendapat bantuan dari suplimen shaklee set lengkap penyusuan. Set lengkap penyusuan ini sangat-sangat membantu saya kekal cergas, kawal emosi saya agar tidak stress dan sangat-sangat membantu saya untuk mempercepatkan penghasilan susu badan.
Akhir kata, moga pengalaman yang di share ini memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu serta ibu-ibu yang menyusu yang sedang mencari solusi tentang permasalah penyusuan. Untuk melihat keberkesanan teknik power pumping ini, mestilah dilakukan dengan cara yang betul dan konsisten.
In Shaa Allah. 

♡♡♡ Sharing is Caring ♡♡♡

Set Hamil Shaklee bantu saya mudah bersalin

Text: Sharifah Maryam binti Sayed Mohammad
Photo: Sharifah Maryam binti Sayed Mohammad

Saya hendak berkongsi pengalaman diri sendiri mengambil set hamil shaklee dari awal mengandung sehingga bersalin.

Oleh kerana pengalaman mengandung dan bersalin anak pertama banyak masalah kesihatan walaupun bersalin normal, saya bertekad untuk ambil suplimen shaklee lengkap supaya saya tak mengalami lagi situasi sebelum ni.

Antara yang saya alami masa preggy anak pertama:
  • kerap rasa pedih ulu hati 
  • mudah letih, kadang rasa nak pitam (low Hb)
  • kerap krem tengah malam
  • mudah nak kene demam, batuk selsema
  • berat naik mendadak
  • kulit jari sensitif - ekzema especially bila kerap basuh pinggan mangkuk
Tambahan pula ketika itu, saya memang suka hati aja makan dan yang paling 'addicted' masa preggy makan nasi lauk ikan masin aja..Sedap pulak tu, siap tambah lagi... Terfikir, mane lah nak datang nye zat yer..malah agak culas nak makan suplimen juga masa tu..huhu.. Insof kejap..

Dipendekkan cerita, enam bulan selepas melahir anak pertama saya disahkan mengandung lagi. Jadi untuk kandungan kali ini, saya memang ambil full set mengandung shaklee supaya saya tak ulang lagi kesilapan lama.

Setelah mengamalkan suplimen shaklee, Alhamdulillah saya rasa lebih bertenaga dan tak mudah rasa letih walaupon banyak bergerak.

Malah, hampir tiada rasa krem atau "simpul biawak" bila saya menggeliat..huhu berbanding masa anak pertama dulu saya jadi fobia nak menggeliat..silap menggeliat, kaki terus krem dan terpakse kejut suami untuk bantu.

Jadi, inilah set mengandung / hamil pojaan hatiku..sangat best, badan sihat cergas sehinggakan saya nak terberanak pon tak perasan..huhu

Mana tidaknya, saya dijangka bersalin lagi 3 minggu lebih, masa tu cukup-cukup 36 minggu 5 hari..tetiba rasa tak selesa, nak tidur susah, serba tak kena aja dan perut rasa mengeras malam tu. Pagi esoknya saya pergi buat pemeriksaan kerana risau ada apa masalah ke..sebab tiada tanda nak bersalin  kecuali perut yang mengeras aja sehingga saya rasa tak selesa sangat.

Tak terfikir pun masa tu nak terberanak, sebab dalam kepala banyak kerja office perlu disesaikan.. tau-tau Dr Mariam, Gyney di Hospital Salam Shah Alam cakap..kepala baby dah engage, bukaan 5 cm..masuk labor room. uish cuak jugak rase..Alhamdulillah tak sampai sejam masuk labour room, dah settle bersalin..masya allah..

Bagi anda yang ada masalah kesihatan masa preggy elok lah cuba set mengandung shaklee nih..sangat-sangat best. 
Konsultasi akan diberi secara percuma. Jom Sihat bersama shaklee..memang berbaloi..






Keistimewaan B-Complex Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsi tentang keistimewaan B complex shaklee yang sememangnya menjadi suplimen rutin harian kami sekeluarga..

Kenapa kami sekeluarga suka mengambil B complex ni? Ha nak cite skit..asalnya ambil B Complex asbab suplimen untuk mengandung pada asalnya..sedar tak sedar dah 3 orang anak dah dan kini masih lagi setia dengan nya..Meh kita tengok ape bagusnya Bcomplex Shaklee Nih..


Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee


1) Menukarkan makanan  kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.


2) Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3) Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan Rambut B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

5) Kesihatan Mata B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6) Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7) Meredakan Senggugut B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8)  Mengurangkan risiko mendapat Perleche B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis),  jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan. terutamanya yang sedang mabuk mengandung.

Maka tidak hairanlah mereka yang mengamalkan B Complex tampak lebih tenang, kulit pon cantik serta sentiasa cergas. 


Untuk mengatahui info selanjutnya tentang Vitamin B-Complex ini, sila hubungi saya di:

Telefon: 016-4210959
Percuma konsultasi!!!
 
 
 

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...