Thursday 8 February 2018

Teknik 'Power Pumping" dapat meningkatkan rangsangan susu ibu

Text: Hasil pembacaan sumber google dan pengalaman sendiri
Photo: Google

Saya nak berkongsi tips penyusuan yang agak berkesan selain faktor pemakanan yang sihat iaitu "Teknik Power Pumping". Teknik ini agak popular dikalangan ibu-ibu yang mengalami masalah susu badan sedikit diawal bersalin ataupun susu badan tengah merudum bagi yang dah habis pantang atau anak dan mula makan.

Selain itu, teknik ini bagus untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak dengan konsep "supply and demand". Lebih banyak permintaan (demand) yang diletakkan pada payudara anda, semakin banyak susu dihasilkan (supply).

Apa ke benda "Teknik Power Pumping" nih?

Teknik Power Pumping ini adalah satu teknik dimana kita cuba ‘meniru’ keadaan seolah-olah anak kita sedang menyusu secara aktif. Jadi badan kita akan menerima rangsangan untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu apabila kantung susu ibu dikosongkan dengan cepat.

Mengapa? Jika kita perasan, dalam sela masa tertentu bayi akan melalui fasa peralihan tumbesaran (pertumbuhan yang agresif) atau “Growth Spurt”. Dalam tempoh ini, bayi akan menunjukkan sifat mudah terganggu seperti asyik mengamuk, sensitif, lebih kerap menyusu atau meminta lebih susu ibu. Ini akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak susu.

Ingat konsep ‘supply and demand‘?
Teknik Power Pumping ini menggunakan konsep tersebut di mana payudara akan dikosongkan dengan kerap supaya ianya diisi dengan lebih kerap.

Macam mana nak buat teknik "Power Pumping" nih?
Walaupun teknik ini bunyinya menarik, tapi ia bukanlah satu teknik yang perlu diamalkan secara konsisten bagi menggantikan sesi penyusuan yang biasa. 

Anda hanya perlu gunakan teknik ini apabila ingin boost kembali penghasilan susu badan.
Teknik Power pumping oleh dilakukan mengikut peralatan breast pump yang telah atau bakal anda miliki. Ia boleh sama ada jenis Single Pump atau Double Pump. Mekanisme teknik Power Pumping adalah seperti berikut:
*1 – Single Pump
  • 1.1: Pam payudara sebelah kanan selama 10 minit, kemudian berpindah ke payudara sebelah kiri dan pam selama 10 minit juga.
  • 1.2: Rehat sebentar selama 5 minit jika perlu.
  • 1.3: Ulang langkah #1.1 dan #1.2 secara selang seli untuk tempoh 1 jam 10 minit bagi satu sesi Power Pumping.

*2 – Double Pump
  • 2.1: Pam kedua-dua belah payudara selama 20 minit.
  • 2.2: Rehat sebentar selama 10 minit.
  • 2.3: Ulang langkah #2.1 dan #2.2 secara selang seli untuk tempoh 1 jam bagi satu sesi Power Pumping

Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3-7 hari (bergantung kepada individu).
Pengalaman cik yam menyusu anak-anak dulu, selain melakukan power pumping, gigih juga mengepam 2 jam sekali, minum air kosong banyak-banyak, makan pun sesuka hati..upppss..bab nih memang kadang-kadang tak kuat iman dengan tuntutan kerja di rumah dan pejabat.
Penat toksah cakap lah, sebab saya terpaksa terkejar-kejar keluar masuk meeting, nak menyelit pum susu lagi, makan sambil-sambil aje ikot mana yang sempat..huhu..
Oleh kerana itu, saya berusaha mendapat bantuan dari suplimen shaklee set lengkap penyusuan. Set lengkap penyusuan ini sangat-sangat membantu saya kekal cergas, kawal emosi saya agar tidak stress dan sangat-sangat membantu saya untuk mempercepatkan penghasilan susu badan.
Akhir kata, moga pengalaman yang di share ini memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu serta ibu-ibu yang menyusu yang sedang mencari solusi tentang permasalah penyusuan. Untuk melihat keberkesanan teknik power pumping ini, mestilah dilakukan dengan cara yang betul dan konsisten.
In Shaa Allah. 

♡♡♡ Sharing is Caring ♡♡♡

No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...