Thursday 8 February 2018

Set Hamil Shaklee bantu saya mudah bersalin

Text: Sharifah Maryam binti Sayed Mohammad
Photo: Sharifah Maryam binti Sayed Mohammad

Saya hendak berkongsi pengalaman diri sendiri mengambil set hamil shaklee dari awal mengandung sehingga bersalin.

Oleh kerana pengalaman mengandung dan bersalin anak pertama banyak masalah kesihatan walaupun bersalin normal, saya bertekad untuk ambil suplimen shaklee lengkap supaya saya tak mengalami lagi situasi sebelum ni.

Antara yang saya alami masa preggy anak pertama:
  • kerap rasa pedih ulu hati 
  • mudah letih, kadang rasa nak pitam (low Hb)
  • kerap krem tengah malam
  • mudah nak kene demam, batuk selsema
  • berat naik mendadak
  • kulit jari sensitif - ekzema especially bila kerap basuh pinggan mangkuk
Tambahan pula ketika itu, saya memang suka hati aja makan dan yang paling 'addicted' masa preggy makan nasi lauk ikan masin aja..Sedap pulak tu, siap tambah lagi... Terfikir, mane lah nak datang nye zat yer..malah agak culas nak makan suplimen juga masa tu..huhu.. Insof kejap..

Dipendekkan cerita, enam bulan selepas melahir anak pertama saya disahkan mengandung lagi. Jadi untuk kandungan kali ini, saya memang ambil full set mengandung shaklee supaya saya tak ulang lagi kesilapan lama.

Setelah mengamalkan suplimen shaklee, Alhamdulillah saya rasa lebih bertenaga dan tak mudah rasa letih walaupon banyak bergerak.

Malah, hampir tiada rasa krem atau "simpul biawak" bila saya menggeliat..huhu berbanding masa anak pertama dulu saya jadi fobia nak menggeliat..silap menggeliat, kaki terus krem dan terpakse kejut suami untuk bantu.

Jadi, inilah set mengandung / hamil pojaan hatiku..sangat best, badan sihat cergas sehinggakan saya nak terberanak pon tak perasan..huhu

Mana tidaknya, saya dijangka bersalin lagi 3 minggu lebih, masa tu cukup-cukup 36 minggu 5 hari..tetiba rasa tak selesa, nak tidur susah, serba tak kena aja dan perut rasa mengeras malam tu. Pagi esoknya saya pergi buat pemeriksaan kerana risau ada apa masalah ke..sebab tiada tanda nak bersalin  kecuali perut yang mengeras aja sehingga saya rasa tak selesa sangat.

Tak terfikir pun masa tu nak terberanak, sebab dalam kepala banyak kerja office perlu disesaikan.. tau-tau Dr Mariam, Gyney di Hospital Salam Shah Alam cakap..kepala baby dah engage, bukaan 5 cm..masuk labor room. uish cuak jugak rase..Alhamdulillah tak sampai sejam masuk labour room, dah settle bersalin..masya allah..

Bagi anda yang ada masalah kesihatan masa preggy elok lah cuba set mengandung shaklee nih..sangat-sangat best. 
Konsultasi akan diberi secara percuma. Jom Sihat bersama shaklee..memang berbaloi..






No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...