Sunday 11 March 2018

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan ketiadaan air selama beberapa hari disebabkan ada baikpulih di logi air. Jadi kami semua setiap rumah, sudah tentunya menadah air siap-siap sebagai persediaan menghadapi situasi bila ketiadaan air.

Tiba waktu jadual catuan air bermula iaitu 7 march  18, adik adam pula kurang sihat. Demam dah masuk tiga hari dan kedengaran agak berkahak. Semacam sakit tekak dan kurang minum susu. Jadi Cik Yam pun bawalah ke Hosital Swasta DEMC untuk buat pemeriksaan. Doktor dapati seperti ada jangkitan kuman dan perlu dimasukkan ke ward untuk masuk air kerana Adam tidak makan dan minum. Risau akan menjadi kekurangan air dalam badan.

Sejam berlalu, pihak pengurusan DEMC tidak dapat menerima kami kerana bilik -bilik hospital sudah penuh dan kami diberi surat rujukan ke hospital KPJ pula. Kalu ikotkan hati Cik Yam nak balik terus ke rumah. Tapi mengenangkan adam asyik muntah bila minum dan tak mahu makan, kuatkan hati juga pergi ke KPJ. Dalam hati doa mudah-mudahan dapat bilik dan adam dirawat dengan segera. 

Sampai di KPJ Shah Alam, Cik Yam terus bawa adam ke Klinik Pakar kanak-kanak. Sebelum ini memang sudah ada rekod adam disini, cuma Cik Yam sudah terbiasa dengan servis di hospital DEMC. Jadi agak jarang ke KPJ melainkan tiada ward di DEMC. Sampai di Klinik pakar di tingkat 4, bangunan baru Cik Yam terus pergi jumpa pakar kanak-kanak yang bertugas. Oleh kerana Dokter yang pernah merawat adam semua tiada, Cik Yam memilih doktor pakar yang bertugas sahaja.

Alhamdulillah, adam dirawat dengan segera. Ubat demam diberi dengan melalui bontot kerana suhu badan yang tinggi lebih kurang 39.7 dan jarum untuk masuk air dipasang di tangan adam. Huhu agak kuat juga Adam meronta bila jarum dipasang. Tangisan tidak henti-henti bila doktor sedang memasang jarum ditangan atau dipanggil "IV line" sehingga terbatuk-batuk dan akhirnya muntah.Satu bilik rawatan terbau muntah adam. Alhamdulillah tidak kena balutan yang doktor pasang jarum tadi. Hanya terkena kepala dan baju. 

Usai mencuci muntah adam dan tukar baju. Kami kembali di klinik pakar untuk pendaftaran kemasukan ward. Huhu memang mencabar bila adam tidak sihat. Cik Yam kene kelek dan lansung tak mahu berjalan. Dengan beratnya 11kg agak kebas tangan Cik Yam nak berjalan ke sana-sini.

Jam 4 petang baru kami dapat bilik 2 orang. Dalam insurant memang layak dapat bilik seorang tapi penuh dan terpaksa menunggu sehingga kosong. Tak mengapa, asalkan Adam dapat katil dan rehat cukup memadai bagi kami. 

bersambung...

Sunday 4 March 2018

Tetamu dari Beijing

Petang semalam, kami menerima kunjungan sahabat ibu mertua yang berasal dari negara China, tinggal di daerah Beijing datang bertandang di rumah kami di Shah Alam. Mereka sedang bercuti selama dua minggu di Malaysia. 

Agak terkejut juga sebab dapat tahu saat akhir mereka sudah berada di Malaysia iaitu jumaat lalu. Tidak sempat nak rancang aktiviti lain. Hanya sempat jemput makan malam dirumah serta bawa jalan-jalan sekitar shah alam. 

Menu makan malam untuk tetamu semalam, ibu mertua masak nasi arab dan puding caramel. Sempat juga ku meroti untuk budak riang berempat ni makan. Alhamdulillah semua kenyang dan gembira. Antara gambar yang sempat kami snap semalam.

Sahabat ibu mertua saya ni adalah cina muslim yang berasal dari beijing. Namanya En Nuruddin. Isterinya jika tak silap namanya Aishah. Ibu mertua saya mengenali mereka semasa beliau belajar bahasa manderin  di china 20 tahun yang lalu. Jadi, setiap kali ke Beijing, En nuruddin lah orang yang ibu mertua saya hubungi untuk minta bantuan.

Suami tolong mereka setting sim card telefon



Salima, Kawan baru Amna

Team 3A's ada geng baru

Bawa jejalan di Icity Shah Alam sebelum balik ke hotel

Sempat budak berempat ni ambil gambar dalam labu nih

Best friend's forever




Sempat Selfie pula budak berdua nih

Gambar last dekat depan lobi hotel mereka menginap


Bangun pagi tadi, anma dah tanya bila nak jumpa salima lagi. Amna suka main dengan dia. Dalam hati ibu, terfikit budak-budak ni memang unit, walau tak paham bahasa percakapan masing-masing tapi masih boleh paham dengan bahasa isyarat dengan tunjuk, angguk atau geleng. Indahnya sebuat pertemuan dan akhirnya menjadi sahabat. Semoga Ukhuwah yang terjalin antara keluarga ibu mertua kami berkekalan selamanya.

Friday 2 March 2018

Testimonial produk 'Youth' khas dari shaklee.

Text: Shaarifah Maryam binti Sayed Mohammad
Photo: Shaklee Resource Centre


Kesan yang hebat yang dikongsikan oleh top leader shaklee setelah guna Set Skin Care Shaklee selama 2 bulan.

1. Master Naquib, Umur 40an


Parut Kawah makin pudar

Zoom dekat perubahan yang ketara parut jerawat makin hilang

2.  Master Rozyta, Umur 50an

Parut Jeragat makin Pudar

3. Master Vijayaledchumy, Umur 50an


Kulit Muka makin berseri, parut bekas jerawat makin pudar dan kulit tidak kusam

4. Ng Hooi Hooi, Umur 50an

Kedutan makin kurang terutamanya pada dahi dan mata. Parut dekat pipi semakin pudar. Muka lebih berseri


5. Master Norsyaheera, 20an

Parut Jerawat semakin pudar dan kulit semakin lembap

Sebarang pertanyaan berkenaan produk Youth, anda boleh hubungi saya di talian 016-4201959 . Terima kasih.

Tuesday 20 February 2018

Cuti Tahun Baru Cina di Port Dickson


Alhamdulillah Cuti sekolah anak-anak 5 hari yang lepas terisi sedikit dengan aktiviti keluarga. Rezeki kami sekeluarga dijemput bercuti bersama keluarga Mak Anjang sebelah suami. Kebetulan beliau telah menempah Apartment TNB selama 3 hari 2 malam di pantai Teluk Kemang, Port Dickson bersebelahan dengan Hotel Tisher. Agak luas juga rumah Pangsapuri TNB di PD ni. Beruntung juga siapa yang bekerja di TNB. Ada banyak kemudahan untuk staff membawa keluarga bercuti. Dapat juga kami merasa.

Ruang tamu dan ruang makan yang luas

Bilik no 3 cukup untuk kami 5 orang ambil tilam extra satu letak dekat tengah


Bilik Utama - Keluarga Mak anjang

Ruang Dapur dan bilik no 2 disebelah kiri


Semua rumah di pangsapuri ini kebanyakan sama size dan boleh bawa keluarga maksimum 12 orang anggota sahaja. Kami haritu datang 10 dewasa 3 kanak-kanak. Kira ok lah kot. Kanak-kanak bawah 2 tahun dikecualikan. Antara aktiviti yang Amna, Anas dan Adam dapat terokai baru-baru ini adalah seperti gambar dibawah:

Main pasir di pantai Teluk Kemang sebelum daftar masuk rumah TNB




mandi manda di kolam rumah TNB




Main Playground pagi-pagi sebelum sarapan

Anak-anak memang seronok bila pergi bercuti. Walaupun agak memenatkan untuk persiapan baju, makan dan segala keperluan 3 hari 2 malam, yang penting anak-anak gembira dan dapat rakam dalam memori mereka. Percutian pendek di hujung minggu berakhir pada hari ahad tengahari. Alhamdulillah, anak-anak puas bermain. Jom pulang ke rumah pula.
sempat bergambar di kereta kuda sebelum pulang. entah dekat mana kami berhenti















Wednesday 14 February 2018

Cekodok Pisang buat hidangan makan petang

Hujung minggu baru-baru ni ibu mertua belikan sesikat pisang montel. Biasanya Adam atau Anas lah yang berminat nak makan, Paling tidak pun ibu atau ayah akan buat smootie pisang campur ESP Shaklee. Entah kenapa, seisi rumah tidak termakan pula dek kerana banyak makanan lain yang ada. 

Jadi, Hari ini Cik Yam pun buat cekodok pisang. Elak membazir buang begitu sahaja. Sedap dimakan panas-panas sambil hirup air teh suam. Kebetulah pula hujan lebat diluar rumah. Memang masa yang sesuai lah pekena cekodok pisang nih. 

Sudah beberapa hari, hujan tidak turun di Shah Alam. Kelihatan permukaan tanah merekah kekeringan akibat panas. Angin bertiup kencang bersama bunyi dedahan pohon bergeseran sesama seolah-olah sedang keriangan hujan turun. Indah sungguh suasana petang ini berangin- angin sambil menghirup teh panas. 




Begitu lah diari seorang suri rumah menikmati kehidupan dengan seadanya. Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan mu ya allah. Hujan Lebat dipetang hari membuatkan pokok-pokok diluar rumah keriangan bermandikan hujan.

Saturday 10 February 2018

Ulasan Kelas Tutorial Asas Penulisan Blog




 

Alhamdulillah berakhir sudah penulisan sesi cabaran 44 entri selama 20 hari yang di anjurkan oleh Akademi  Bekerja Di Rumah (ABDR). Terima kasih kepada Puan Masayu yang sudi beri tunjuk ajar kepada saya berkenaan penulisan asas blog. Tidak dilupakan juga Puan Hifzaila yang memperkenalkan akademi ini. Walaupun sebelum ini saya sudah memiliki blog, tetapi saya kurang arif menulis dengan betul dan kadang-kadang hanya mengambil sumber info dari website lain sahaja. 

Catatan kehidupan harian adalah sangat dititiberatkan dalam kelas ini. Perlu ada buku catatan hidup. belajar menulis cerita hidup setiap hari supaya kita dapat memahirkan diri dalam penulisan. Dengan penulisan, bermacam-macam pengalaman, aktiviti harian serta apa sahaja yang terlintas dipikiran kita boleh dicatat dan dijadikan sebagai sumber inspirasi penulisan.

Tidak dinafikan, saya bukan jenis yang pandai mencatat dengan kemas. Buku nota tidak pernah tersusun cantik. Mesti ada langkau-langkau atau catatan bercampur. Apapun cara kita catat tidak penting, yang penting hasil penulisan serta ideal yang menarik untuk terus menulis.

Dalam kelas ini juga, saya diajar bagaimana setiap hari perlu ada disiplin untuk menulis catatan setiap hari. Supaya kita sentiasa ada idea untuk menulis. Menulis mengajar saya untuk terus berjuang memantapkan diri dalam pelbagai seperti aspek kekeluargaan, pendidikan anak-anak serta berkongsi ilmu untuk menambah pendapatan sampingan keluarga.

Pemulaan menulis sememangnya banyak penggunaan bahasa percakapan sendiri serta gaya penulisan ejaan yang ringkas. Setelah dibiasakan menulis dan diberi tunjuk ajar, penggunaan bahasa yang betul dan tulisan penuh menjadi lebih mudah untuk saya menulis. Membuat catatan harian menjadikan saya lebih peka untuk setiap keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian supaya dapat dicatat dan diceritakan balik dalam blog.

Seronok juga bila berada didalam kelompok surirumah. Dapat juga bertukar-tukar maklumat serta membaca coretan blog mereka. Tidak terasa sunyi atau rendah diri kerana tidak bekerja di pejabat dan berjawatan tinggi. Pelbagai bentuk pengalaman yang saya jumpa bila berada didalam ABDR ini. Tambahan pula Puan Masayu yang sememangnya memberi komitmen yang tinggi untuk saya berjaya menulis mengikut target dan matlamat yang hendak dicapai.

Setakat ini dahulu ulasan saya mengenai kelas blog ini. Sekian Terima kasih kerana sudi baca coretan saya.


Friday 9 February 2018

Anak-anak bila tidak diberi gadjet

Siang tadi, anak-anak Cik Yam minta kebenaran untuk tengok cerita kartun di labtop ayahnya. Sebelum bagi kebenaran kene barjanji dengan ibu akan tengok selama 2 jam sahaja iaitu dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Jika tidak dibuat begitu akan ketagih keterlaluan untuk tengok cerita kartun tanpa hiraukan alam sekeliling. 

Jadi dekat-dekat jam 12 tengah hari, ingatan pertama akan kedengaran dari Cik Yam atau Nenda. Budak-budak ni biasa lah, akan tawar menawar bila hendak tutup komputer. Jika cerita belum habis dan ade sedikit masa sahaja lagi, Cik Yam akan bagi diskaun untuk habiskan cerita mereka tapi jika baru mula atau sudah banyak kali ulang tanyang, cerita akan di tutup begitu sahaja. Niat hendak disiplin masa mereka. Biar mereka tahu hidup berperaturan dan aturkan masa dengan sebaiknya.

Hari ini reaksi mereka ada sedikit merenget-merenget. Anas anak yang ke dua akan merenget dan merayu, cerita anas belum habis lagi atau asyik tengok cerita kakak aja, cerita anas belum tengok lagi. Macam-macam lah ragamnya. Cik yam tetap dengan perjanjian pagi tadi. 

Bila tidak diberi gadjet, atau komputer pandai pula mencari pengisian untuk bermain. Anak-anak ni kita kene bagi masa dan galakkan mereka buat aktiviti dirumah. Sambil-sambil itu, Cik Yam atau suami akan sama-sama bermain dalam dunia fantasi mereka. Kadang ajak mereka buat Origami, Kadang ajak mereka main rumah-rumah. 

Hari ni saja Cik Yam nak tengok apa agaknya mereka akan buat bila tidak diberi arahan. Ha, apa lagi macam kapal pecah dekat bawah tangga rumah ni. Penuh dengan kotak, bantal, mainan dan sebagainya. Pandai pula buat lego sama-sama budak dua beradik nih.


Begitu lah, jika kita kontrol gajet. Rumah memang bersepah tapi pada cik yam biar mereka merasai zaman bermain puas-puas dari terperuk tengok cerita 24 jam. Biar bersepah rumah, asalkan mereka tahu hargai kehidupan dan kasih sayang. Mudah-mudahan Cik Yam sentiasa diberi idea-idea yang bagus untuk mereka terokai perjalanan hidup yang masih panjang ini dengan lebih baik.

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...