Hari ini kami tidak kemana-mana. Anak-anak beraktiviti dirumah sahaja. Jadi, sarapan yang paling digemari anak-anak adalah roti 'paung'. Roti panas kosong yang sedap dimakan begitu sahaja.
Usai mengemas dapur, Cik yam terus masukkan bahan adunan roti ke dalam mesin pembuat roti. Resepi roti seperti biasa yang cik yam sudah kongsikan dalam entri sebelum ni.
Roti ini banyak kenangan saya di zaman kecil. Arwah nenek yang saya panggil 'tok' gemar buat roti. Katanya dengan roti lah dia membesar anak-anak nya iaitu mak dan adik beradik mak. Budak-budak sangat suka makan roti sebab senang dan mengenyangkan. Lagi-lagi budak yang tengah nak membesar. Jika nenek buat roti, saya lah orang pertama yang paling seronok. Makan roti panas bersama mentega sejuk. huhu
Entah kenapa Cik Yam masa lepas bersalin anak pertama teringin sangat buat roti. Pertama kali buat roti tak menjadi sebab tak ada ilmu sangat. Main redah aje buat ikut bahan yang ada. Kali kedua buat betul-betul, baru jadi dengan lebut. Tapi tangan sakit menguli. Dah tangan biasa ketip-ketip keyboard aja sebelum ni, tak biasa uli tepung macam tu lah kan.
Nekad juga nak beli Bread Maker @ masin pembuat roti. Buat semakan harga di google, harga ketika itu lebih kurang dalam RM450 - rm 800. Huhu, mahal dan nak kena kumpul lagi duit. Nak jadi rezeki, kebetulan Cik Yam pergi ke kedai Cosway nak beli barang. Ternampak 'Bread Maker' brand Empress. Tanya taukeh kedai, berapa harga bread maker ni. Beliau jawab, Harga jual dlam rm500++ tak silap. Tapi jika ada kupon sebanyak 30 keping kot masa tu, harga dapat diskaun dalam RM350 lebih kurang. Gigih kumpul kupon masa tu dan akhirnya dapat beli mesin pembuat roti ikot bajet yang ada. Alhamdulillah dah masuk tahun ke enam berkidmat dengan kami sekeluarga.
Zaman sudah berubah, dahulu nenek uli pakai tangan, Cik Yam pakai bread maker. Masa banyak jimat dan tak penat. Yang penting boleh urus masa dengan baik, anak-anak seronok boleh makan roti panas-panas tanpa pengawet.
No comments:
Post a Comment