Saturday 3 February 2018

Bersama anak-anak ke program ibrah: Kisah Kelahiran Nabi Musa AS.

Hari ini berkesempatan meluang masa bersama anak-anak untuk mempelajari kehidupan daripada kisah para nabi zaman dahulu. Sudah lama Cik Yam mencari-cari program sebegini untuk anak-anak kerana mengenangkan diri masih lagi banyak kekurangan dan banyak lagi ilmu pendidikan anak-anak perlu ditingkatkan. Alhamdulillah diperkenalkan oleh Ibu Mertua dengan seorang penulis hebat dan juga berpengalaman dalam pendidikan hafazan anak-anak beliau. Beliau adalah Puan Siti Aminah Sulaiman. Cerita beliau pernah diterbit dalam majalah Pa&Ma.

Gambar sekitar aktiviti Ibrah pagi tadi:

Puan Siti Aminah pengasas program
Kisah Nabi Musa AS
Amna dan Anas pertama kali menyertai program Ibrah

aktiviti yang menyeronokkan deko-deko kotak dan bawa pulang


Sungguh saya masih lagi belum mampu untuk bercerita dengan anak-anak tentang kisah-kisah para rasul dan nabi terdahulu dengan lebih baik. Bila adanya program sebegini, saya boleh bertukar-tukar idea dengan ibu bapa yang lain tentang cara bagaimana mereka menerapkan anak-anak dengan kisah-kisah ibrah kehidupan terdahulu mengikut al-quran dan hadist.

Program ibrah bersama anak-anak pagi tadi berkisahkan Kelahiran Nabi Musa As. Anak anak dapat mendengar kisah bagaimana Allah Maha Berkuasa selamatkan bayi yang bernama Musa dari lemas di sungai Nile dan selamat dari dibunuh oleh askar Firaun dan aktiviti seterusnya ialah menghasilkan kotak dan hias kotak untuk dibawa pulang

Dengar cerita sambil hasilkan sesuatu untuk anak-anak boleh dipraktikkan juga dirumah. In Shaa Allah menjadi cita-cita saya mendidik anak-anak berlandaskan al-quran.  Mudah-mudahan program sebegini dapat memberi inspirasi kepada banyak ibu-bapa yang lain dalam mendidik anak-anak masa kini termasuk lah diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...