Friday 2 February 2018

Roti Bun Manis buat sarapan pagi

Text: Sharifah maryam Sayed Mohammad
Photo: Sharifah Marayam Sayed Mohammad

Malam tadi sebelum tidur, terlintas dipikiran mahu masak roti bun esok hari untuk bekalan anak-anak pergi ke kelas bercerita. Usai bagun solat tahajud, Cik Yam keluarkan semua pekakasan membuat roti yang sudah dua minggu tidak digunakan. 

Anak-anak memang gemar makan roti bun kosong begitu sahaja tanpa ada inti atau mentega. Membuat roti adalah satu kegemaran dan kepuasan diri bagi cik yam kerana dapat mengembirakan perut kosong seisi keluaraga. 

Teringat zaman Cik Yam kecil dahulu, arwah nenek selalu buat roti bun yang dipanggil roti paung. Boleh dikatakan setiap minggu mesti ada roti yang dimasak oleh arwah nenek. Hati akan melonjak girang jika nenek sedang buat roti.  

Banyak kenangan dengan roti paung ni. Orang terengganu panggil roti paung. Jika anda ke terengganu, banyak pengusaha roti paung ni. Bau yang semerbak menusuk hidung dikala bakar roti itu lah buat seisi keluarga tidak sabar hendak makan dan sanggup tunggu depan oven.

Disini Cik Yam kongsikan resepi buat roti bun manis mudah yang membuatkan anak-anak berebut-rebut hendak makan bila keluar dari oven. Resipi ini saya ambil hasil dari carian di google dan pernah saya konsikan di facebook satu ketika dahulu. Jom kita tengok ape bahan-bahannya.

RESEPI BUN MANIS
375g tepung roti
100g tepung gandum
35g susu tepung
75g gula castor
1 peket yis segera
1 biji telur
3/4 sudu teh garam
150ml air suam
40g butter
Water roux (2 sudu tepung roti + 125ml air (kacau sebati atas dapur api perlahan sehingga pekat)


Untuk buat roti bun ni, saya pakai mesin pembuat roti. Anda juga boleh gunakan mixer yang ada mode menguli doh atau uli secara manual. Cara-caranya boleh rujuk kepada gambar:

1. Masukkan bahan-bahan seperti dalam gambarajah ke dalam mesin pembuat roti dan tekan button start supaya bahan-bahan bercampur dengan rata.

2. Kemudian, masukkan telur dan susu segar (Saya pakai susu segar dengan menggantikan sukatan air sebab tiada susu tepung)

 3. Masukkan "Water Roux" yang telah disediakan sebelum mula buat roti



4. Setelah doh sebati, akhir sekali masukkan mentega


5. Inilah rupa doh yang tengah diuli mesin


6. Biarkan doh diuli dalm 15 min dan rehatkan dalam 15 minit



7. Setelah doh naik penuh dalam bekas pembuat roti itu, maka tumbuk dengan tangan supaya keluar angin dan selepas itu bulat-bulat kan masuk dalam loyang yang telah digriskan.



8. Oleh kerana mengejar masa, saya guna oven yang telah dipanas dalam 2 minit sebelum masak untuk memastikan roti naik kembang dengan cepat.



9. Dah naik kembang doh, naikkan suhu 160 darjah celsius selama 15 minit.



10. Siap dimasak, sedap dimakan panas-panas.




Oleh kerana kerap buat roti, resepi untuk buat roti pun seolah-olah terhafal dalam kepala serta sudah tahu mana hendak disediakan dahulu supaya cepat buat dan cepat siap. Satu adunan boleh siap dalam masa satu hingga satu jam setengah jika fokus dengan baik. 

Roti ni, sedap dimakan bila-bila masa sahaja tak kira waktu. Anda yang mempunyai anak-anak kecil yang sedang membesar harus cuba buat roti sendiri. Seronok bila tengok mereka makan dengan girangnya. Moga bermanfaat!!!

No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...