Monday 22 January 2018

Seronoknya berada di rumah

Alhamdulillah, syukur atas nikmatmu ya allah. Dapat kebebasan waktu bersama anak-anak juga suatu rezeki kan. Masih terngiang-ngiang lagi kakak amna, anak sulung saya cakap ketika saya ambil dia dari sekolah 2 minggu lepas.

"Ibu...Amna nak tanye ni..kenapa ibu ambil Amna dan Anas awal yer sekarang? Ibu pun jawab, sebab ibu dah kerja dekat rumah, boleh la ambil amna dan anas awal..

"Oh Ya, seronok nyer..Amna sronok sangat" katanya amna...Ibu tanya lagi kenapa Amna seronok sangat balik awal? Seronok sebab boleh main basikal petang-petang"..Allahu..menitik air mata masa tu. Budak seawal umur 5 tahun dah pandai menilai keadaan. 

Jika dahulu, tidak dinafikan, mereka jarang sangat main basikal diluar rumah, melainkan hari cuti umum atau hujung minggu yang kadang-kadang sahaja ada masa bersama mereka. Hujung minggu kami, kadang sempat melayan anak main, kadang tak dapat disebabkan waktu hujung minggu itu lah tuntutan waktu untuk kemas rumah, basuh baju, pergi pasar dan sebagainya. Jadi masa untuk luang bersama anak-anak sesambil aje atau kebanyakanya mereka bermain dalam rumah sahaja.

Selain itu, bila sudah tidak terikat bekerja dengan syarikat orang lain, kita bebas mengatur hidup kita sendiri. Tidak terkongkong dengan matlamat orang lain dan lebih fokus untuk capai apa matlamat dan impian hidup sendiri.  

Alhamdulillah dah masuk hari ke 22 sebagai surirumah, rasa berat hati nak pergi kerja dan meninggalkan anak yang kurang sihat di taska dah tak ada. Bila mana keputusan berhenti dibuat, adalah sesuatu keadaan yang agak lapang bagi saya. Walaupun tak bergaji dan perlu mencari sumber income tambahan untuk tampung keperluan harian, saya jadi tidak kisah. Sebab saya nampak BIG WHY saya dan yang penting saya berusaha sesuatu untuk keluar dari zon selesa.

Cuma yang memeningkan kepala adalah apa nak masak hari ni? hahaha..google aje kan..jadila menunya. Saya bukan lah orang pandai memasak. Jadi, kebanyakan resepi saya google sahaja atau resepi ibunda. Bila dah tak kerja, memasak adalah rutin harian juga. Jarang kami makan dekat kedai dah sekarang. Seronok bila penat masak, anak dan suami balik kerja lapar dapat makan. Satu nikmat yang jarang dibuat ketika bekerja sebab masing-masing keluar rumah dan balik rumah waktu yang sama atau pun lewat. Jadi ikot sempat sahaja. beli apa yang mudah atau masak apa yang mudah.

Minat dalam berkebun juga dapat dimanfaatkan bila ada masa terluang. Malah setiap hari dapat belek-belek anak pokok yang sedang disemai. Digembur, dibaja dan disiram sudah menjadi rutin sama ada harian atau mingguan ikot keperluan semasa. Sekarang saya perluaskan lagi bidang penanaman dengan bereksperimen di belakang rumah. Saya cuba hasilkan baja organik dari sisa makanan dari dapur supaya tidak membazir serta dapat dimanfaatkan oleh pokok. Mudah-mudahan menjadi. Jimat la sedikit kos membeli tanah kompos. 

Huhu, itu sahaja yang dapat saya kongsi setakat pengalaman yang beberapa minggu aja ni. In shaa allah akan update lagi dalam entry yang sama bila ada masa terluang.









No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...