Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Salam perkenalan daripada saya Sharifah Maryam binti Sayed Mohammad. Saya merupakan suri rumah sepenuh masa bermula tahun 2018. Sebelum ini, saya bekerja sebagai pengurus makmal di Management and Science Universiti (MSU) selama 12 tahun. Sudah bekeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu Nur Amna (6 tahun), Anas (5 tahun) dan Adam (1 tahun 7 bulan).
Berlatarkan keluarga besar, mempunyai 10 orang adik beradik. Emak seorang surirumah sepenuh masa dan ayah bekerja sendiri sebagai mekanik. Pengalaman dibesarkan dalam keluarga susah, pahit getir hidup mengajar saya menjadi insan yang lebih kental dan tidak mengalah kepada keadaan.
Berasal dari Kuala Terengganu dan mula berhijrah daripada tanah tumpah darah bermula masuk Kolej Matrikulasi Seremban iaitu dari tahun 2000. Setelah tamat matrikulasi, dapat tawaran sarjana muda sains persekitaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama 3 tahun (2002-2005). Awal 2005, pernah mendapat latihan industri selama 3 bulan di Jabatan Alam Sekitar Selangor, Shah Alam. Mula bekerja di MSU, Shah Alam sebagai pegawai makmal sains sebaik sahaja tamat belajar dari UMS. Tahun 2007 dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan makmal sains dan kekal sehingga akhir tahun 2017. Alhamdulillah, banyak pengalaman pengurusan yang diperolehi disepanjang perkidmatan di MSU.
Membuat keputusan untuk behenti kerja
bermula tahun 2018 kerana ingin fokus kepada penjagaan dan pendidikan
anak-anak. Selain itu, saya juga sudah 6 tahun berkecimpung dalam
perniagaan jualan lansung produk shaklee (2012) secara part time dan
mula serius berniaga secara full time mulai tahun ini apabila sudah jadi
surirumah sepenuh masa.
Juga menjadi agen biskut raya apabila tibanya musim perayaan. Antara produk biskut raya kegemaran ramai adalah dari Astana Delight dan Sekut Emjay's. Justeru itu, saya juga sangat minat menanam pokok terutamanya pokok herba dapur kerana ianya memberi manfaat kepada seisi rumah dan juga jiran tetangga. Selain itu, saya juga sedang usahakan baja kompos dari sisa dapur untuk dijadikan baja pokok-pokok dilaman mini depan dan belakang rumah.
Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi pengalaman hidup saya apabila menjadi surirumah sepenuh masa serta cabaran-cabarannya. Selain itu, berhasrat untuk berkongsi khasiat serta kebaikkan produk shaklee, pengalaman sendiri mengguna serta testimoni daripada pengguna lain tentang produk shaklee. Disamping itu juga, minat dalam ilmu berkebun dirumah juga akan dikongsi di blog ini.
Hidup untuk memberi manfaat kepada orang-orang yang saya sayang serta berusaha untuk keluar dari zon selesa. Mudah-mudahan perkongsian hidup saya ini memberi manfaat kepada semua pembaca.
Salam sayang dari saya. Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment