Sebagai seorang suri rumah, Rutin harian akan bermula seawal 5 pagi. Bangun Awal pagi siapkan bekalan makanan anak dan suami serta keperluan sekolah. Usai jam 6pagi, saya akan kejutkan semua orang untuk bangun mandi dan solat subuh. Setelah itu saya akan mandi dan solat subuh dahulu sebelum mandikan anak-anak.
Ini antara jadual tugas yang menjadi rutin harian saya setakat hari ini:
5.00 pagi : Sediakan breakfast keluarga (bergantung kepada keadaan)
5.30 pagi : Kejut suami dan anak-anak mandi
6.00 pagi : Mandi dan solat subuh, mengaji
6.30pagi : Siapkan anak-anak mandi dan beg sekolah, masuk baju dalam mesin basuh
7.00pagi : Sarapan sesambil sidai kain, siram pokok & bagi ikan makan
7.30 pagi: hantar anak-anak sekolah
8.00 pagi: Mulakan aktiviti harian, layan adam main, sesambil update blog, FB dan insta
10.00 pagi: start kerja2 dapur sambil kerja blogging dan keperluan adam
11.00 pagi: selesai masak tghari, bagi adam makan
11.30 pagi: TidurkanAdam
12.00 tghari: Lunch dengan suami jika blk tghari
12.30 ptg: Update blog, FB & Insta, Jawab PM customer
1.30 ptg: Solat zohor & rehat sambil layan customer or lipat kain
2.00 ptg: Adam bangun tidur, mandi
2.30 ptg: Layan adam main
3.00ptg: siapkan makan ptg untuk anak balik sekolah
3.30 ptg: Ambil anak sekolah dan COD barang jika ada permintaan
4.00 ptg: layan anak makan
4.30 ptg: solat asar
5.00ptg: Layan anak main taman depan rumah atau naik basikal
6.00ptg: Siapkan makan malam
7.00 mlm: Mandikan Anak-anak
7.30 mlm: Mandi, Solat sama-sama dengan anak-anak
8.00 mlm: Ajar anak ngaji, tengok kerja sekolah, layan anak-anak main atau story
9.00 mlm: tidurkan anak-anak
10.00 mlm: Tulis blog / selesai kerja-kerja rumah yang tertangguh
12.00 mlm: tidur
Selain itu, hobi menanam akan dibuat pada hujung minggu atau mencelah waktu pagi or petang jika ada kelapangan serta jika ada anak pokok yang perlu disemai.
Jadual padat kalah kerja office yer..tapi saya puas hati sebab lebih fokus keluarga dan tak perlu keluar rumah setiap hari.
No comments:
Post a Comment