Wednesday 31 January 2018

Pengalaman berkebun dihalaman depan rumah

Text: Sharifah Maryam Sayed Mohammad
Photo: Sharifah Maryam Sayed Mohammad


Laman herba siram secara manual
Kata orang, berbudi pada tanah pasti ada hasilnya. Memang seronok bila melihat daun yang menghijau subur dan boleh dipetik-petik bila-bila masa diperlukan. Juga boleh dikongsi dengan jiran tetangga. Cik Yam jenis suka tanaman herba dapur, ulam-ulaman dan sayuran. Jadi banyak koleksi tanaman depan rumah adalah untuk kegunaan harian atau simpanan dikala perlu.

Teringat masa masih kerja dahulu, Cik Yam mengalami masalah lupa atau tidak sempat hendak siram pokok. Pagi-pagi selepas subuh sudah bersiap untuk hantar anak ke taska dan masuk kerja awal. Jadi, pokok-pokok tanaman Cik Yam masa itu, agak terabai dan kadang-kadang mati kekeringan. 

Pernah suami tegur kalau hendak bertanam buat cara nak bertanam, nak bertanam kena jaga, siram dan bajakan bukannya tanam-tanam tinggal. Adus, terguris hati rasa tersindir. Memang diakui Cik Yam terlalu obses bertanam tapi tidak begitu meluang masa setiap hari untuk siram. Hanya bergantung kepada hujung minggu yang kadang ada dan kadang diganggu juga oleh kerja pejabat atau aktiviti lain.

Jadi, Cik Yam mencari-cari solusi untuk mengatasi masalah ini dan dapat berkebun dengan gembira. Hasil carian google dan perkongsian kelab menanam di facebook, Cik Yam jumpa pelbagai teknik siraman pokok secara automatik. Ada yang share DIY sendiri botol mineral, Ada yang beli sistem siraman automatik dan bermeter, ada yang guna teknik hidropod dan sebagainya.

Selain dari bartanam di pasu atau atas tanah dan siram secara manual, Cik Yam juga menggunakan teknik seperti dibawah:

1. Teknik hidropot - berkonsep fertigasi hidroponik. Air dan baja didalam bekas bawah dan perlu tambah air baja seminggu - 2 minggu sekali bergantung kepada jenuis pokok. Mudah dan pokok sangat sihat. Cik Yam kurang gemar kerana guna baja kimia XY. Beli dengan sahabat Facebook di group hidroponik malaysia.

teknik pertigasi kaedah hidropot

2. Teknik Akuaponik - ekosistem lengkap dimana sisa kolam ikan ditapis ke dalam kotak tanaman dan pokok mendapat manfaat serta kekalkan pH kolam ikan dan lebih Organik. Tempah dengan seorang sahabat kebun Akuaponik di Facebook


Tanaman Herba dalam kotak tanaman akuaponik

Sistem akuaponik



Antara dua teknik tanam ini, Cik Yam paling suka teknik akuaponik. Tanam-tanam tinggal. Cuma kena bagi ikan makan setiap hari. Kalau kami bercuti terpaksa meminta tolong jiran sebelah untuk beri makanan kepada ikan. Seronok sebab anak-anak suka termenung disitu tengok ikan makan. Bukan anak aje, ibunya juga. Terapi minda dikala kekeringan idea menulis. Menengok ikan berebut-rebut makan sambil dengan bunyi deruan air jatuh ke kolam setelah ditapis di kotak tanaman atas.








No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...