Wednesday 31 January 2018

Inspirasi berkebun dihalaman rumah

Text: Sharifah Maryam Sayed Mohammad
Photo: Sharifah Maryam Sayed Mohammad

Sebenarnya bertanam tidak susah. Anda hanya perlu kerajinan sahaja untuk bertanam. Tidak semestinya perlu ada tanah, baru boleh bertanam. Orang yang tinggal di rumah pangsapuri juga boleh bertanam dalam pasu walaupun tidak ada tanah didepan atau belakang rumah. Ada yang kata memang keturunan dia pandai bertanam atau tangan dia tidak panas, semua tanaman dia menjadi. 

Bertanam asalkan ada sedikit minat, rajin dan ingin mencuba pasti menjadi. Baru pokok yang ditanam hidup dengan subur kerana ada cinta dan kasih sayang disitu. Selalu disiram, dibaja dan dipelihara dengan baik. Pokok juga benda hidup bukan? Perlukan air, nutrien dan cahaya matahari yang cukup untuk tumbesaran. 

Ok, disini Cik Yam nak kongsikan bagaimana boleh terjebak dengan dunia tanaman ni. Sejak kecil lagi, Cik Yam selalu ikut arwah nenek berkebun dibelakang rumah. Tanam pisang, tanam ubi kayu dan herba-herba dapur. Masa tu, arwah nenek tinggal dikawasan taman perumahan. Tanah pun hanya dikeliling rumah sahaja. Ketika itu, cukup lah untuk menampung keperluan dapur.

Teringat bila musim tengkujuh. Hujan sangat kuat dan susah untuk pergi ke kedai. Masa tu, arwah nenek tinggal dengan mak long dan tiada kenderaan. Mak long @ Cik Mah kami panggil adalah seorang guru di sekolah menengah. Biasanya Che Mah akan pergi kerja naik beca atau tumpang jiran sebelah rumah. Jadi kehidupan kami hanya bergantung kepada barang dapur yang sudah dibeli oleh che mah dan juga hasil tanaman diluar rumah.

Dahulu nak makan pucuk ubi, petik-petik saja di tepi rumah. Nak masak kuah singgang, tak ada kunyit dan lengkuas gali saja dibelakang rumah. Tidak ada sayur, petik sahaja daun pegaga atau ulam raja. Ada rezeki dapat jantung pisang sedap juga celur cicah sambal belacan. Begitulah suasana yang sudah tinggal dalam memori Cik Yam.

Bila dewasa dan bekerja, Cik Yam tidak lagi mengalami suasana petik-petik sayur dibelakang rumah.  Maklumlah sudah hidup bersendirian di bandar besar. Sayur dan ulam terpaksa beli di pasar. Peningkatan kos hidup makin bertambah saban hari. Perasaan ingin bertanam membuak-buak bila tengok harga sayur makin naik. Dalam hati masa tu, baik aku tanam boleh hari-hari makan dan jimat kos.

Sehinggalah tahun 2011, Cik Yam melangkah alam perkahwinan. Suami adalah satu-satunya anak lelaki dan yang sulung dalam keluarga. Oleh kerana ibu mertua seorang ibu tunggal dan berseorangan dirumah, jadi kami tinggal sekali. Rumah ibu mertua adalah jenis rumah teres dan mempunyai ruang tanah yang terhad. Oleh kerana, ruang tanah tersebut kosong, Cik yam berharat untuk mula bertanam herba dapur. Alhamdulillah ibu mertua juga turut minat. 


sebahagian dari herba dapur

Hari-hari sebelum pergi kerja atau selepas balik kerja pasti singgah untuk siram atau belek-belek pokok. Teringat mula-mula tanam dulu, sanggup pergi nurseri pokok di Sungai buluh untuk beli pokok-pokok herba. Selagi tidak cukup koleksi, mesti akan tambah anak pokok baru. Selain beli anak pokok, Cik Yam juga biakkan melalui biji benih.

Bila mula bertanam, keterujaan dan perasaannya sangat luar biasa. Pokok-pokok yang hidup subur dengan gembira ditambah mengeluarkan hasil yang cukup untuk makan sendiri dan boleh dikongsi dengan jiran tetangga adalah satu rezeki kurniaan allah swt yang sangat disyukuri. Ibu mertua juga seronok bila ada kawan nak bertanam. Dahulunya beliau juga suka bertanam. Oleh kerana sibuk urusan dipejabat, beliau tidak sempat untuk luang masa di halaman.

Itu lah kisah serba sedikit tentang Cik Yam mula bertanam. Bila ada waktu dan ruang yang mengizinkan harus cuba bertanam. Banyak manfaatnya. Bukan untuk dirumah sahaja, malah jiran tetangga, rakan sepejabat mahupun orang yang datang melawat di rumah kita. Memang janji Allah diatas setiap yang kita usahakan dan kongsikan pasti ada ganjarannya.Tiada yang mustahil dalam dunia ni kan, yang penting rajin usaha in shaa allah ada kejayaannya.

No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...