Setelah tamat universiti, saya merima tawaran untuk bekerja di tempat
ibu saudara saya bekerja iaitu kolej universiti teknologi dan pengurusan malaysia (KUTPM) . Kebetulan masa itu, memerlukan staff di
jabatan makmal sains. Saya dengan gembiranya menerima sahaja tawaran
tersebut sebab matlamat saya setelah habis belajar seharusnya memberi
sumbangan kepada keluarga. Tarikh lapor diri untuk kerjaya pertama saya adalah pada 3 ogos 2005.
Maka bermulalah kerjaya pertama saya sebagai seorang pembantu makmal sains perubatan. Saya bermula dari bawah ketika itu kerana saya tiada pengalaman atau pengetahuan makmal sains perubatan cuma tahu asas sains persekitaran sahaja. Saya banyak belajar melalui praktikal makmal yang dilakukan oleh para tutor.
Makmal pertama yang saya diberi tugas adalah makmal Hematologi dan Immunologi (makmal kaji darah). Agak pening juga saya ketika itu nak memahami setiap maksud dan terma dalam praktikal yang dijalankan. Maklumlah sebelum ini belajar dalam makmal persekitaran, belajar tentang pencemaran dan penjagaan alam sekitar. Alhamdulillah ketua jabatan ketika itu, sanggup turun padang ajar saya daripada asas sampai kepada praktikal dalam makmal.
Walaupun kerjanya agak mudah iaitu membantu pensyarah atau tutor membuat persediaan ujikaji di makmal sahaja, saya tetap nak tahu apa fungsi setiap ujikaji yang dijalankan. Semua topik ujikaji di bawah jagaan lab saya, saya harus faham kehendak ujikaji dan jika tidak faham perlu bertanya atau belajar dari senior lab mahupon tenaga pengajar. Sangat seronok bekerja ketika itu, dapat rakan kerja yang baik dan ringan tulang membantu serta tidak lokek ilmu untuk ajar orang baru.
Saya mengambil masa lebih kurang setahun untuk mendalami ilmu makmal perubatan sambil saya bekerja. Tugas sebagai pembantu makmal perubatan semestinya perlu mantap dari segi menyediakan bahan uji kaji yang betul supaya tidak memberi masalah kepada ujikaji yang akan dijalankan dalam kelas oleh pelajar. Selain itu, tanggungjawab menjaga serta buat penyelenggaraan peralatan juga adalah tugas yang wajib dilakukan oleh setiap staf teknikal makmal perubatan kerana sangat penting untuk jaga kualiti ujikaji.
Setelah 2 tahun bekerja di KUTPM (nama kolej sebelum MSU), ramai rakan-rakan makmal yang lain dah berhenti kerja disebabkan dapat peluang yang lebih baik. Entah kenapa, saya tidak teringin untuk mencuba pekerjaan lain melainkan memantapkan kemahiran ditempat kerja yang sedia ada. Sebelum itu, ada juga panggilan temuduga di jabatan kesihatan untuk jawatan pegawai, tapi saya menolak kerana saya suka dengan kerja makmal, rakan kerja dan suasana yang ada di KUTPM. Lagi pula ibu saudara saya sudah bersusah payah menolong saya untuk dapatkan kerja ini. Saya perlu berterima kasih dan bekerja sungguh-sungguh demi keluarga tersayang.
Alhamdulillah hasil bersusah payah belajar selok belok makmal, saya dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan. Ketika itu ketua jabatan yang lama sudah berpindah ke sektor kerajaan. Jadi saya dipilih untuk galas tanggungjawab pengurusan makmal pada tahun 2008. Berat hati juga untuk menerima tawaran tersebut, tapi pengarah besar KUTPM ketika itu beri keyakinan serta percaya yang saya boleh lakukan. Jadi tawaran diterima sambil dalam hati berdoa, Ya Allah permudahkan perkerjaanku dan jauhi aku dari sifat sombong dan bongkak.
Menjadi seorang ketua makmal yang bukannya berlatar belakang sains perubatan agak mencabar bagi saya. Banyak yang saya tidak tahu dan perlu saya pelajari sendiri. Pada awalnya saya banyak menghadiri kursus-kursus teknikal makmal, kursus pengurusan dan keselamatan makmal serta kursus pengurusan sisa kimia dan sisa klinikal.
bersambung ..

No comments:
Post a Comment