Sunday 28 January 2018

Nasi Ayam yang mudah dan paling pantas penyediaannya

Text: Sharifah Maryam Sayed Mohammas
Photo: Sharifah Maryam Sayed Mohammad

Hujung Minggu baru ni Cik Yam dan Suami bawak anak-anak beraktiviti di pusat sains negara. Memandangkan kami sibuk dengan urusan harian sebelum ini, jadi semalam luangkan masa sedikit untuk beriadah sambil mengenal ilmu sains dengan anak-anak.

Cik Yam agak disana pasti susah nak cari makan dan lebih baik bawa bekal. Jadinya, pagi sebelum gerak Cik Yam ketung- ketang lah didapur masak nasi ayam express. Masa ni lah nak guna periuk Noxxa dan juga chopper ajaib tupperware supaya kerja memasak jadi pantas.

Nasi Ayam Thai yang sangat mudah lagi sedap sampai bertambah-tambah. Resepi ni Cik Yam ambil dari rakan Facebook yang semamangnya mengemari masak nasi ayam thai. Jadi jom kita tengok ape bahan-bahannya serta cara yang jimat masa nak sediakan.

Bahan-Bahan:

1. Untuk Sup
  • Ayam Seekor (saya siap defrost semalam, turunkan dekat bahagian bawah peti sejuk)
  • Selabu Bawang Putih Size besar
  • Akar Daun ketumbar Seikat
  • Halia 2 inci
2. Untuk Nasi
  • Beras 6 pot (pakai cawan sukat beras)
  • Halia kisar 1 sudu besar
  • Bawang putih kisar 2 sudu besar
  • Secubit garam
3. Untuk Sos
  • Selabu Bawang putih 
  • Cili Api 10 biji
  • Gula perang 3 sudu besar / gula kabung / molases
  • Limau Nipis 2 biji
  • Daun ketumbar
  • Sos Ikan (saya guna brand ferry)
Cara-caranya:

Potong ayam ikut citarasa masing-masing. Cik Yam memang beli ayam dah potong 8, Jadi basuh bersih-bersih terus boleh masak. Untuk masak sup, cik yam guna periuk tekanan noxxa. Jadi, masukkan ayam yang telah dibersihkan dalam  bersama bahan-bahan rebusan iaitu, bawang putih, akar daun ketumbar dan halia. Tekan High Pressure (HP) selama 15 min.


Sesambil tunggu sup siap, Cik yam sediakan sos nasi ayam yang super pedas meresik kata orang. hihi
Oleh kerana Lesung di rumah Cik Yam hilang entah kemana masa renovation rumah dulu, Cik Yam pakai Chopper brand tupperware aje..


       

Cara-caranya adalah masukkan Cili api, bawang putih dan daun ketumbar. Kemudian tutup dan tarik-tarik tali chopper tu, 1 min siap. Keluarkan bahan yang di lumatkan tadi kedamam bekas, perah asam limau, masuk gula perang dan akhir sekali sos ikan dalam 5 sudu besar. Nanti seimbangkan rasa masam manis masin pedas ikot cita rasa masing-masing ya.

Tek tek tek..periuk noxxa berbunyi menandakan sup dah siap. Semerbak bau sup sampai encik suami dekat bilik atas turun jenguk ke dapur tak sabar nak makan walaupun masak nasi untuk buat bekal tengah hari nanti.

Dah boleh masak nasi pula. Cik Yam pakai 2 inner pot untuk masak nasi ayam ni sebab senang dan jimat masa. Jika anda beli periuk Noxxa dan kerap masak, Cik Yam cadangkan beli satu lagi inner pot untuk cepat masak nasi sebab bila dah masak sup, inner pot pertama sangat panas dan perlu tunggu sejuk..Jadi Cik Yam tak nak buang masa.

Ok untuk nasi, guna inner pot yang kedua. Masukkan 6 pot beras yang telah dibasuh. Kemudian, masukkan 8 pot sup yang telah masak dalam inner pot pertama. Masuk bawang putih dan halia kisar tadi dan juga secubit garam. Kacau untuk ratakan rasa dan masukkan ayam dalam sup diatas. Tutup periuk noxxa. tekan hight Pressure 2 min, kemudian diikuti dengan Steam 5 minit. Dah siap nasi ayam. Mudah kan.

Nasi ayam yang siap dimasak selepas HP2 min dan Steam 5 minit.


Sambil tunggu nasi masak, sempat sediakan bahan ulam pula. Ni aje yang ada dalam peti ais. Jadi la kan. hehe





Lebihan sup tadi, cik yam masuk kedalm periuk kecik sedikit, dam masuk garam secukup rasa seta daun ketumbar. Panas balik sampai gelegak atas dapur.




Alhamdulillah, dah siap bekalnya yang ambil masa lebih kurang 45 min sahaja. Oh ya, ayam tu jika anda suka yang goreng boleh juga goreng, tp Cik Yam lagi suka makan yang masuk sekali dengan nasi sebab kutrang guna minyak. hehe
Bekalan tengahari siap!!!


Resepi mudah dan tak perlu pakai serbuk perasa atau kiub ayam tau. Anak-anak bertambah-tambah makan.




No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...