Wednesday 7 February 2018

Pengalaman Keguguran di Awal kehamilan

Assalamualaikum...

Harini saya nak berkongsi pengalaman pertama kali keguguran untuk kehamilan yang keempat saya iaitu 9 bulan yang lepas (13 may 2017,Sabtu). Sebenarnya, saya lansung tidak ada pengalaman keguguran sebelum ini..Alhamdulillah ketiga-tiga anak saya sebelum ini tidak ada sebarang komplikasi serta sihat walafiat. Mungkin ada hikmah disebalik musibah ni.. saya dan suami terima dengan redho.

Ok, berbalik pada cerita asal..saya mula rasa tak sedap hati pada 2 hari sebelum berlaku keguguran..iaitu bermula dengan tanda pendarahan yang sedikit (warna coklat) diikuti dengan lenguh-lenguh pinggang. Hati saya mula rasa tak sedap dan terus membuat pemeriksaan di klinik panel tempat kerja. 

Doktor bertugas terus membuat imbasan ultrasound untuk menentukan keadaan janin dalam kandungan..Setelah diperiksa, didapati kandungan saya (11 minggu lebih masa tu), masih ada tetapi tidak memberi bacaan untuk dengupan jantung. Ya Allah, betul ke ni perkhabaran ni..Allahu..terus doktor yang bertugas menulis surat rujukan kepada GH Shah Alam untuk rawatan selanjutnya.

Setelah tiba di GH Shah Alam, seperti biasa akan diperiksa di bahagian emergency dahulu, kemudian buat pembayaran di kaunter pendaftaran dan akhirnya baru di hantar ke pihak PAC (patient assessment centre).. disitu saya di suruh baring dan kemudiannya doktor membuat imbasan ultra sound sekali lagi..memang dah sah..fetus not survive..no fetus heart rate and waiting for misscariage ..tak perlu cuci atau bahasa medical D&C (dilation and curettage) kata doktor yang bertugas. 

Kebiasaannya pihak hospital akan biarkan naturally miscarriage jika keadaan ibu sihat serta dinding rahim tidak begitu tebal dalam masa 2 minggu..if tidak keluar baru pihak hospital teruskan procedure D&C. So dapat MC, balik rumah, pandu kereta sendiri sebab kebetulan husban outstation..sampai rumah rehat sambil layan sakit pinggang contraction..huhu

Nak jadi cerita, sebab saya rasa sangat tidak selesa..nak solat dalam keadaan bleeding...ni darah apa, kompius jap..nak kata periot tak juga..nak kata darah nifas..belum keluar lagi fetus..malam tu sebelum tidur saya telan 10 biji alfalfa shaklee untuk mudahkan proses pembersihan rahim dan ostematrix shaklee untuk kurangkan lenguh-lenguh.

Masyallah..sejap-sekejap rasa sakit contraction..macam nak beranak tambah pula keliling pinggang rase lenguh yang amat..pagi subuh saya mula tumpah darah, berketul-ketul..agak penik..padahal dah 3 kali beranak huhu..cuma kalini darah keluar dengan banyaknya depan mata sendiri..agak rasa macam nak pitam..kalu beranak biasa semuanya dah diuruskan oleh nurse tanpa kita tengok darah yang keluar banyak tu..huhu

Usai sahaja selesai cuci mana-mana darah yang keluar tadi..terus saya ke GH Shah Alam untuk membuat pemeriksaan selanjutnya..Sementara nak tunggu giliran pemeriksaan, banyak juga procedure yang perlu dilalui sekali lagi.contohnya registration, pre check oleh medical assistant, dan barulah dihantar ke pihak PAC..dalam masa yang sama..berkali-kali lah daku ke toilet menukar pad / tuala wanita yang penuh dengan darah..

Sampai di PAC, ada 2 kes yang serupa denganku..jadi, masing-masing sedia untuk pemeriksaan juga..namaku dipanggil setelah 2 patient yang senasib selesai diperiksa..dup dap dup dap juga..dalam hati ape lah nak kena ngadap nih..huhu

Masuk aje dalam bilik pemeriksaan, nurse minta tukar kain dan doktor membuat pemeriksaan, mula dengan scan ultra sound di perut, memang dah rahim dah kosong , untuk confirmation sekali lagi kene check pangkal rahim pula. Sekali lagi rasa seriau bila alat ultra sound dimasukkan..ergghhh..tadah je la demi kesihatan..huhu

Hasil pemeriksaan, masih ada lagi saki baki janin dan uri yang tersangkut di pangkal rahim, doktor yang bertugas  memasukkan alat untuk buka rahim. Maka, proses pembersihan pangkal rahim dilakukan. Rasa nak menjerit juga bila doktor masuk forcep dekat pangkal rahim bagi mengeluarkan uri yang tersangkut..sakit dan seriau yang lebihnya..Huhu..setelah selesai, rasa agak lega sebab dah keluar semua serta hilang segala rasa lenguh dan nak pitam tengok darah banyak..walaupon daku kerja dekat lab tengok darah dalam bekas ok jer..ni tumpah atas lantai agak rasa nk pitam..dalam hati begini rasenya mabuk darah yer..hihi

Setelah selesai semua, doktor bagi rehat dalam sejam untuk tengok progress bleeding, serta nak menetukan samada perlu masuk ward atau boleh pulang ke rumah sahaja. Alhamdulillah, setelah sejam doktor scan balik dan tiada sebarang komplikasi yang serius, daku dibenarkan pulang berehat dan dapat MC 7 hari. oh yeayhhh

Oh ya, MC memang seminggu aja diberi untuk normal miscarriage, jika keguguran anda perlu procedurer D&C maka MC akan diberi 2 minggu kerana dikuartiri ada luka dan sebagainya. Zass balik rumah bermula sesi berpantang dan rehat secukupnya..Semestinya supplimen Shaklee menjadi pilihan untuk set pantang serta urutan traditional untuk kembali sihat dengan cepat. Dalam hati berdoa nak cepat-cepat sembuh sebab nak mula ibadat puasa dah ketika itu..

Mudah mudahan share entry kali ni memberi manfaat kepada anda yang sedang tertanya-tanya bagaimana keadaan semasa keguguran dan apa perlu buat. Pada saya simple aja, just relax dan let it go dengan tenang. Sedih memang la sedih cuma life must go on, doa serta amalkan gaya hidup sihat. Bagi anda yang ada tanda-tanda seperti yang saya share dekat cerita atas, sila jumpa doktor anda secepat mungkin untuk pemerisaan lanjutan bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.









No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...