Wednesday 7 February 2018

Mainan kotak dapat membantu mengalih perhatian anak-anak terhadap gadjet (Part 1)

Assalamualaikum, nak share beberapa idea yang saya suka nak buat bersama-sama anak-anak..iaitu mainan daripada kotak. Teringat zaman saya kecil dulu, pantang ade kotak, tayar yang terbuang atau ape sahaja bekas yang tidak diguna pasti jadi mainan pondok-pondok kami, cume dahulunya bukan zaman IT, jadi bentuk rumah kotak hanya lah ideal dari iklan TV ataupon imiginasi sendiri.. huhu memang seronok..

Sejak jadi work at home mother (WAHM), cik yam sikit sebanyak mencari beberapa idea untuk nak elak daripada anak-anak cik yam ketagih dengan skrin..tak kira lah telefon pintar, TV, laptop, tablet dan sebagainya...semua itu pantang jumpa mesti melekat. Selain daripada ketagih, cik yam perasan anak-anak mudah nak tantrum dan kurang nak mesra dengan orang lain. Jadi sebelum ianya parah, cik yam banyakkan aktiviti kreatif bila berada dirumah. Salah satu aktiviti yang buat saya tak jemu-jemu mencari idea adalah buat mainan daripada kotak.

Ini adalah beberapa hasil percubaan yang kami anak beranak buat, tidak beberapa kemas mana tapi boleh la buat anak-anak ralit main dikala sedang memasak atau lepas balik sekolah tanpa cari tablet atau labtop.

1. Pondok-pondok
Ini adalah port yang selalu amna dan anas guna untuk minum susu dan main sorok-sorok serta nak main mak-mak..Sorang jadi mak, sorang jadi anak..hihi

2. Kabinet Dapur
Ni port amna mencipta resepi...haha yang jadi mangsa adalah anas atau adam yang kene acting makan ape kakak masak..

3. Busy board 
Ini busy board yang mengguna pakai barang yang dah rosak dan recycle..yang ni kene banyak cari ideal dengan adaptasi ape yang kita selalu buat dekat rumah. seperti suis, tombol, penutup botol dan sebagainya...adam paling suke port nih. Part ni renyah sikit sebab nak selalu tukar-tukar supaya tak bosan main..huhu

4. Kenderaan
Ini atas permintaan anak-anak, maka terjadi lah sebuah kereta imiginasi nak terbang..kahkahkah

In shaa allah akan di pelbagaikan lagi rekaan kotak mainan anak..bersambung ke mainan kotak part 2..hehe thank you for reading.

  

No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...