Wednesday 7 February 2018

Hari-hari terakhir bekerja di MSU part 2

Setelah Anak Cik Yam, Adam discharge dari hospital... baru la cik yam boleh buat clearance dan serah tugas sepenuhnya kepada Manager Lab baru. So, 4hb jan 18 iaitu hari khamis cik yam pon datang MSU dengan Adam. 

Adam, Cik Yam terpakse tumpang di MSU kids sekejap sebab nak berkemas bilik dan yang semestinya ada habuk. So, adam tak boleh ikot. Dah selesai hantar adam, Cik Yam naik Office tanpa bagitau sape-sape pon kecuali adik cikyam yam yang kerja dibahagian lab Engineering sebab nak pass something.

Konon-konon nye nak datang kejap aje..kemas cepat-cepat mane yang patut dan buat Clearance..skali masuk je pintu bilik dapat satu album dari unit general lab..dah tersedu plak kat situ..tarik nafas panjang-panjang..terus berkemas lagi..Thanks Unit General Lab..geng anda memang kreatif..


Album memori lalu


Tup-tup 10min lagi semua pakat duk serbu nak salam-salam akhir dengan Cik Yam..ni tak lain mesti adikku punya kerja bagitau depe nih...haha. Masa ni lagi la Cik Yam tak boleh tahan nak nangis..huhu..lencung tudung Cik Yam dek menangis..dan bila cik yam peluk setiap satu staff (yg pompuan je)...cik yam tau korang sangat-sangat ikhlas..ada yang tak sanggup lepas..bak kate orang perpisahan itu sangat-sangat menyedihkan..but Cik Yam kene kuat demi anak-anak..

Tak dinafikan kerja 12 tahun..banyak sangat kenangan pahit manis bersama team sc lab MSU..dari lab yang kecik dan padat sampai lah bangunan yang besar dan lab yang banyak serta selasa.. alhamdulillah..thank you allah give me the good experience with the good team and best company ever.. in shaa allah will come again di lain masa.

Terima kasih sekali lagi buat team sc lab..siap surprise lagi masa tu..bagi hadiah kenangan lagi..terharu sangat. Walaupon Cik Yam just berhenti kerja je, tapi dieorang ni dah rasa macam family tau..close sangat macam tak sanggup nak berpisah..

Kenangan rakan-rakan makmal
Jam dah kul 11.30pagi, urusan clearance belum lagi selesai..cepat-cepat Cik Yam settle bilik. Mana yang dah tak guna Cik Yam panggil cleaner aje untuk clear kan everything. Huhu punya la banyak barang, maklumlah sejak kerja dari 2005 dekat bangunan lama sampai lah 2017 di bangunan baru..buku nota pon berderet setiap tahun..

Akhirnya jam 4 petang, bilik dah kemas..handover dekat jabatan Human resource dah selesai..tinggal nak serah kunci dekat Lab Manager baru je..Alhamdulillah..12 tahun bekerja menjadikan saya seorang insan yang banyak belajar tentang manusia, tentang ilmu pengurusan, tentang kehidupan dan banyak lagi..

Thank you, Ya Allah atas rezeki yang engkau berikan selama ini..Maka tugas ini ku serahkan kepada pengurus yang baru. Cik Yam doakan mudah-mudahan Sc Lab MSU semakin maju dan maju dibawah teraju leader yang baru..in shaa allah

Office ku dalam kenangan

Terima Kasih pada yang sudi baca kisah-kisah Cik Yam yer..







No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...