Wednesday 7 February 2018

Hari-hari terakhir bekerja di MSU part 1

Assalamualaikum..huhu dah beberapa hari tidak update blog. Sedikit sibuk dek kerana urusan keluarga dan juga kesihatan anak-anak. Harini ada ruang sedikit untuk Cik Yam berkongsi pengalaman yang lalu..

Pada 18 Dec 17, adalah hari yang agak syahdu sedikit  kerana Geng Office Cik Yam buat Surprise Farewell Celebration sempena Cik Yam nak berhenti tahun ni..dan disebabkan 'time constraint'..geng-geng makmal terpaksa rancang awal..asalnya nak buat potluck plus birthday party..dah happy-happy..tetiba sedih lak yer..

Ade yang tanya..CikYam betul ke dah nak berhenti kerja..?
Iye..saya nak 'penceng awal'..nak fokus pada pembelajaran serta penjagaan anak-anak..in shaa allah ade rezeki dan jodoh..bertemu kembali di alam pekerjaan bila anak-anak Cik Yam dah besar..

Apepun Cik Yam sangat-sangat berterima kasih kepada team sc lab MSU di atas majlis perpisahan yang diadakan semalam. Sebenarnya saat ini lah yang sangat menyedihkan Cik Yam bilamana nak bagi ucapan kepada team..jikalau boleh Cik Yam nak pergi tanpa diketahuai orang lain..bukan sebab tak sukakan sc lab ataupun MSU..tetapi terlalu banyak kenangan yang dibina bersama..

Walaubagaimanapon, Cik Yam tetap nak beri ucapan juga dekat rakan-rakan sc lab dan juga msu kerana dapat menerima Cik Yam dengan baik semasa kedatangan Cik Yam dahulu..Oleh itu, pemergian Cik Yam juga perlulah cara baik sejajar dengan cara layanan semua..Alhamdulillah team kerja yang best, boleh bagi kerjasama dan sporting semua.

Geng Sc Lab 2017 

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua team sc lab msu diatas kerjasama yang diberikan selama saya berkidmat 12 tahun (from Aug 05 till dec 17).. Cik Yam memohon maaf atas segala kesilapan serta kekurangan sama ada sedar atau tak sedar. Mana yang baik ambil sebagai panduan..dan mana yang kurang elok saya anggap sebagai khilaf saya sendiri..mudah-mudahan team sc lab msu makin maju dan terus maju..

Husss..berjujuran air mate menaip ucapan nih..Maklumlah..CikYam ni hati tisu skit kate orang..jap-jap bergenang air mate ajer..huhu..Terima kasih juga atas pemberian hadiah dari geng sc lab, dari unit leader reaserch dan juga hadiah-hadiah sampingan...tak lupa juga makan-makan yang super sedap tadi..hancuss diet cikyam hari ni..korang punye pasal..cikyam layan aje..hihi..

Bersambung part 2

No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...