Wednesday 7 February 2018

Pengalaman anak ada penyakit Sinusitis Part 2

Text: Sharifah Maryam binti Sayed Mohammad
Photo: Sharifah Maryam binti Sayed Mohammad dan sumber google (sinus)

2 Jan 2018 merupakan hari Adam kene buat minor operation di bilik OT. Seawal jam 3 pagi nurse ingatkan Cik Yam supaya adam dipuasakan dan pastikan tak diberi makan or minum selepas jam 4 pagi...Huhu cepat-cepat Cik Yam buatkan susu adam supaya perutnya tak terlalu lapar bila terjaga pagi nanti. Bila tiba jam 7pagi Cik Yam diingatkan lagi oleh nurse untuk siapkan Adam dan tukar baju untuk masuk bilik OT. 

Melalak dah si Adam masa ni, kene kejut tidur awal tambah pula hidung tak beberapa selesa. Alhamdulillah dah tak demam. Huhu.. Sebelum turun ke bilik OT, Cik Yam perlu menandatangani beberapa documen..huhu cuak jugak tau..tak penah pula mana-mana anak Cik Yam yang lain masuk dewan bedah sebelum nih..Dalam hati memang doa dan zikir aje la..Bila anak sakit, memang tak sampai hati sangat..kalu boleh nak tukarkan diri kita ditempatnya..tapi apakan daya.. Adam kena juga menghadapinya..

“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”
" Ya Allah permudahkanlah..Jangan dipersulitkan dan Akhirkan dengan kebaikkan". 

Jam 7.45 pagi, Nurse ketuk pintu untuk jemput ke bilik OT. Bila tiba dibilik OT, Cik Yam pula kene sarung baju dan seluar hijau serta kasut getah..So adam kene pangku dengan nurse kejap sementara ibu sarungkan baju OT. Dah siap, kene tunggu Dr Bius datang untuk tidurkan adam sebelum prosedur bermula. Sementara tu Cik Yam tunggu di ruang ward observation di luar bilik OT.

Ok, bila bilik OT dah ready Cik Yam dan Adam dipanggil masuk. Adam masa tu tak nak bagi kerja sama, jadinya Cik Yam kene pangku supaya Dr dapat bagi Bius melalui gas. Huhu masa tu rasa sangat meruntung jiwa, pegang adam sambil adam meronta-ronta minta dilepaskan dan gas ditekup hidung supaya adam tidur. Masa tu Cik Yam terbayangkan ape tau..Sedih dan teringat macam kene "pensangkan" tikus dalam makmal pulak..maklumlah..Cik Yam kan orang makmal..sob sob..anak aku dah 'pensang'..huhu menitis air mate mase tuhh..

Dah Siap kene bius, Adam tidur..Cik Yam kene keluar untuk Doktor buat prosedur. Sejam Masa berlalu, Adam dah pon selesai menjalani prosedur nasal endoscopy. Apa yang telah berlaku, Dr Razak bagi tau, Adam ada banyak mukus @ hingus lama yang berkumpul di kawasan Maxillary Sinus sebelah kanan kalu tak silap seperti contoh gambarajah (no 3 dari kiri) dibawah ni.. 


Jadi, oleh kerana Cik Yam dah sign form untuk membenarkan Adam dilakukan Operation, Dr dah pon buat sedikit opening dekat kawasan maxillary sinus untuk sedut mucus @ nanah yang berkumpul disitu.

Selain itu, Doktor juga telah memasang tiub kecil di dalam kedua-dua gegendang telinga untuk seimbangkan tekanan di dalam telinga Adam kerana adam didapati kurang dengar dan lambat bercakap (lebih kurang spt gambarajah di bawah).

Teringat masa adam dah habis operation, Nurse pangil Cik Yam untuk redakan adam di bilik OT. Mula-mula merenget..lama-lama tantrum..huhu ubat bius dah habis..mungkin tak selesa hidung dan telinga yang baru selesai operation. Huhu masa ni agak kritikal skit nak redekan Adam, sebab adam mengamuk sakan seolah-olah mengambarkan "sakitnya akuuuuu...dah la lapar."..Adam tak boleh makan lagi selepas operation, boleh minum air kosong je dulu..sebab dikuartikiri akan muntah..jadi kene slowly minum air dulu..then kalu tak muntah baru boleh bagi susu.

Sampai aje di ward, tantrum belum lagi reda. Sampaikan Cik Yam kene naik kerusi roda sambil pelut Adam dari Bilik OT tingkat 2 ke ward kanak-kanak tingkat 4. Kalu dak memang nak melompat aje adam dari pangkuan Cik Yam. Dekat Ward, Cik Yam letak Adam atas katil berpagar tinggi supaya tak jatuh..tengah mengamuk memang takleh buat apa..Cik Yam cepat-cepat buat susu sebab salah satu tantrum adam sebab die lapar sangat..Alhamdulillah nampak aje botol susu, terus minum dan tidur. 

Huhu, agak berpeluh juga nak redakan Adam yang baru lepas minor operation nih dan inilah kali pertama adam tantrum paling teruk sehinggakan tak boleh nak dukung lansung. Dilembiknya badan bila nak di angkat, bila di dokong berpusing-pusing badannya..bila letak atas katil..terguling-guling..bila kena pagar katil, dihantuk kepalanya..ya Allah..memang meruntung jiwa sangat masa ni..nak gambarkan sakitnya lepas habis bius. Allahu.. Sabar yer nak..ibu sentiasa disisi kamu..Dalam hati Cik Yam doa Ya Allah, redakanlah sakit anakku Adam dan sambil tu baca ayat kursi, selawat dan zikir..

Adam tidur nyenyak dan agak lama. Alhamdulillah..selsema nampak takde sangat dah..dekat 4 jam tidur since mengamuk lepas keluar bilik OT jam 11 pagi tadi..Bangun sekejap, muka senyum pastu mintak susu lagi..ape lagi Cik Yam peluk cium la budak muchuk dah pandai senyum dah tu..minum susu, lepas tu masih tergolek-golek lagi atas katil dan sambung tidur balik. Penat agaknya dan juga kesan ubat bius tadi.

Jam 5.30 petang, Doktor Koshi datang buat review..Adam dah boleh pulang besok hari sebab dah tak demam, kahak clear..cuma perlu pelepasan dari doktor ENT dulu. Jadinya, tunggu Doktor Razak review malam nanti baru tahu boleh keluar ward ke tidak besoknya.

Bersambung...








No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...