Wednesday 7 February 2018

Pengalaman anak ada penyakit Sinusitis Part 1

Assalamualaikum..harini cik yam nak share pengalaman anak no 3 Cik Yam iaitu Adam yang mengalami masalah Sinusitis atau di panggil dikenali sebagai resdung.

Ha, nak jadi ke cerita, dua bulan lepas (27 dec 17, Rabu) Adam dimasukkan ward dek kerana demam panasnya yang tak kebah-kebah. Cik yam dah perasan dah, Adam ni macam kurang sihat dan asyik meragam aje. Bila suhu badan dan mula naik, Cik Yam lagi tambah risau. Maklum lah minggu sebelum tu baru aje kebah demam, minggu ni demam lagi..dan yang paling tak sedap hati kali ni demamnya tak kebah-kebah walaupon dah bagi ubat demam.. Suhu 38C - 40C. Terus bawak ke emergency hospital DEMC untuk kepastian.

Hasil pemeriksaan akhirnya doktor nasihatkan untuk masuk ward sebab demam tinggi, Adam asyik muntah dan tak makan makan ape-ape. Jadi, Ibu redha walaupon terpaksa ambil unpaid leave lagi. Maka bermalam lah kami di ward hari tu. Besok pagi, Doktor yang biasa periksa adam iaitu Dr Koshi datang buat pemeriksaan dan diagnos adam ada jangkitan bakteria dalam darah, Jadi doktor akan mulakan antibiotik supaya demamnya boleh turun. 



Selepas 48 jam, demam adam makin pulih dan hanya demam waktu malam aje. Cuma yang agak merunsingkan Cik Yam adalah selsema adam. Makin teruk walaupon dah macam-macam ubat cuba. Dr Koshi suspect adam ada sinusitis @ resdung or mungkin adenoid ada infection dan perlu pakar ENT yang mengesahkannya. Jadi, alang-alang masuk hospital Cik Yam mintak refer ENT kanak-kanak supaya dapat scope dalam hidung adam.

Kalu ikotkan, selsema adam ni dah terlalu lama. Seingat Cik Yam sejak umur 2 bulan dah mula selsema sampai lah umur setahun 7 bulan hari ni. Sebelum ni selsemanya on off tetapi jika keadaan persekitaran tertentu seperti sejuk atau berhabuk, adam akan cepat nak selsema. Boleh dikatakan setiap hari lah, hingus adam akan meleleh aje. Selain itu, Adam juga belum pandai nak sebut perkataan lagi. Jadi, Cik Yam juga risau tentang pendengaran Adam sebab berhingus terlalu lama  mungkin boleh beri kesan kepada pendengaran juga. Itulah yang menguatkan Cik Yam nak refer ENT juga.

So, Esoknya Dr Razak, Consultant Ear, Nose & Throat (ENT) datang buat checkup dahulu sebelum buat keputusan untuk scoping. Macam biasa doktor akan tanya berapa lama selsema dan apa yang menyebabkan Cik Yam risau tentang Adam. So, Hasil perbincangan, Doktor Razak bersetuju untuk buat scope @ Nasal Endoscopy untuk Adam. Jadi Adam perlu di tidurkan untuk memudahkan kerja-kerja doktor membuat prosedure.

Oleh kerana, masih hujung minggu dan cuti tahun baru, klinik ENT dan OT room hanya buka pada hari kerja. Jadinya adam perlu tunggu Hari selasa (2hb jan 18) untuk jalani procedure disamping itu juga demam adam mesti kebah sepenuhnya. So sedang elok lah hari selasa tu.  

Maka bercuti sambut tahun baru 2018 Cik Yam dan Adam dihospital..huhu


Bersambung Part 2



No comments:

Post a Comment

Bermalam di Hospital tanpa air dan aircond

Seminggu lepas, semua penduduk kawasan lembah klang yang terkena dengan catuan air telah dimaklumkan awal-awal untuk bersiap sedia dengan k...